BIBIR anda gelap? Penat cuba pelbagai produk tapi tidak berkesan? Ini cara guna bahan semula jadi untuk merahkan bibir tanpa perlukan kos yang banyak dan tidak beri kesan negatif pada bibir anda.

1. Madu
Oleskan madu pada bibir dengan urutan membulat. Madu mempunyai kandungan glukosa dan fruktosa yang mampu untuk merangsang epidermis bibir bagi menghasilkan lapisan yang baru. Justeru bibir akan kelihatan lebih merah dan sihat.

Selain itu, untuk lebih mendapatkan khasiat anda juga boleh campurkan madu dengan gula. Lakukan proses yang sama seperti tadi.

2. Limau nipis

Limau nipis kaya dengan vitamin C. Limau nipis ini juga dikatakan mampu membuang sel kulit mati.

Cara memerahkan bibir dengan menggunakan limau nipis ini ialah anda perahkan limau nipis ini untuk mendapatkan airnya.

Sapukan air limau nipis ini pada bibir anda selama 5 minit dan biarkan ia dalam masa 30 minit agar khasiat limau nipis ini dapat menyerap ke dalam bibir. Lakukannya sehari dua kali pagi dan malam untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

3. Susu

Susu amat sinonim bagi memutihkan kulit malah ia juga boleh digunakan untuk memerahkan bibir.

Caranya sapukan susu atau bancuhan air susu pada bibir dengan cara menekan. Tekan-tekan seluruh permukaan bibir anda dengan jari selama 3 minit. Lakukannya setiap hari untuk mendapatkan bibir yang merah dan sihat.

Iklan

4. Minyak zaiton

Minyak zaiton bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan malah boleh digunakan untuk dapatkan bibir yang cantik.

Iklan

Caranya campurkan sedikit gula dengan minyak zaiton. Oleskannya pada bibir dengan cara yang sama seperti madu tadi.

Ini antara bahan dan cara untuk mendapatkan bibir yang merah dan sihat. Sama-samalah kita amalkan untuk kecantikan bibir kita.

PENULIS: SUHAILA ALI