CUTI sekolah memang tak sempurna kalau tak bawa famili jalan-jalan.

Inilah masanya untuk anda bercuti ke destinasi idaman atau paling tidak pun, balik kampung jer.

Bagi ibu bapa yang tiada plan nak pulang ke desa tercinta tapi nak bawa anak makan angin, jangan bimbang.

Buat pertama kalinya, Gamuda Land (GL) menerusi cabang riadah dan hiburan, GL Play menawarkan sesuatu yang menarik buat si cilik.

Kalian bolehlah ceriakan hari mereka dengan taman air yang ditawarkan GL Play Splashin’ Pop-Up Waterpark di MyTown Shopping Centre Kuala Lumpur.

cuti sekolah GL Play Splashin Pop-Up Waterpark

Direka bentuk berdasarkan Taman Air SplashMania, orang ramai boleh menikmati keseronokan bermain air di tengah kota.

Apa yang menarik tentang GL Play Splashin’ Pop-Up Waterpark?

Dibuka bermula 26 Ogos hingga 3 September ini dengan bayaran masuk RM30 untuk kanak-kanak manakala dewasa hanya RM10 jer.

 

Nak jimat? Kalian boleh dapatkan diskaun separuh harga tiket dengan muat turun aplikasi GL Play dan follow semua platform media sosial.

Bukan satu tapi empat taman air pop up yang boleh anda cuba bersama anak-anak.

Sebanyak lima slot dibuka bermula jam 10.30 pagi hingga 7.30 malam.

cuti sekolah GL Play Splashin Pop-Up Waterpark

Setiap slot ditawarkan masa dua jam untuk bermain semua permainan interaktif sampai puas.

Berikut info menarik yang SinarPlus kongsikan:

cuti sekolah GL Play Splashin Pop-Up Waterpark

1. Tropical Oasis
– Bukan setakat anak-anak, emak ayah pun boleh tumpang sekaki.
– Kanak-kanak tak kira tinggi boleh bermain dengan pantauan penjaga.
– Untuk gelongsor, mereka yang berat bawah 80 kilogram dibenarkan naik.

Baca juga Gelongsor air realiti maya pertama di Malaysia, SplashMania Gamuda Cove janjikan keseronokan berganda tak kira usia

cuti sekolah GL Play Splashin Pop-Up Waterpark

2. Swaggy’s Aqua Dash
– Meluncur laju dengan gelongsor panjang dengan selamat.
– Ibu bapa jangan risau kerana ada abang lifeguards bertugas.

cuti sekolah GL Play Splashin Pop-Up Waterpark

3. Max’s Adventure Land
– Tak suka main air? Tak mengapa kerana Max’s Adventure Land sesuai untuk si kecil yang suka melompat, bermain gelongsor dan berlari.
– Emak dan ayah boleh masuk sekali dan pantau anak-anak main.

Iklan

Baca juga Kunjungi taman tema, hiburan diskaun 50%, tebus e-baucar tunai bernilai RM10 sekarang!

4. Zoomi’s Wave
– Ombak mini buat si kecil rasai keseronakan bermain air.
– Ketinggian ditetapkan minimum 100 sentimeter ya!

cuti sekolah GL Play Splashin Pop-Up Waterpark

Tak cukup dengan semua itu? Kalian boleh bawa anak-anak untuk beriadah seharian di Taman Tema SplashMania di Banting, Kuala Langat, Selangor.

Promosi tiket separuh harga ditawarkan kepada mereka yang grab GL Play Limited Time Promo!

Hanya buat pembelian untuk SplashMania Day Pass, anda boleh menikmati 50 peratus diskaun Purchase With Purchase (PWP).

cuti sekolah GL Play Splashin Pop-Up Waterpark

SplashMania Gamuda Cove

Iklan

Semua itu boleh ditebus untuk ke Discovery Park, Paya Indah Discovery Wetlands, Xploria dan banyak lagi.

Jadi, apa tunggu lagi? Untuk informasi lanjut, layari https://glplay.com.my/promotion/splashin-pop-up-waterpark-2.

SplashMania Gamuda Cove

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang