Memang superb! Garmin perkenal inovasi teknologi selam yang buat ramai kagum

A
A
A

GARMIN Malaysia baru-baru ini melancarkan koleksi jam tangan terbaharu, Descent G1 dan Descent G1 Solar yang menampilkan inovasi teknologi selam.

Siri Descent G1 menampilkan ciri pemantauan kesihatan tanpa henti dengan fungsi jam pintar standard, manakala Descent G1 Solar lebih menarik apabila dilengkapi teknologi pengecasan solar sebagai spesifikasi tambahan.

Penolong Pengurus Besar Garmin Asia, Scoppen Lin berkata, koleksi jam pintar berkenaan memenuhi gaya hidup aktif dan mereka yang sukakan cabaran.

Garmin

"Selain menjadi teman ideal buat penyelam dengan saiz kompak, model tahan lasak ini mampu bertahan hingga kedalaman 100 meter bawah air.

"Bukan sahaja menampilkan skrin mudah dibaca, model ini juga diuji mengikut piawaian kejuruteraan untuk pematuhan aktiviti air yang lebih efisien," katanya.

Baca juga Garmin Venu SQ terbaharu lebih stail, canggih

Berikut perincian lain siri Descent G1:

i) Mempunyai sokongan berbilang mod selam, kompas digital dan penggera amaran kedalaman.

Garmin

ii) Penyelam boleh memantau masa, kedalaman, kadar oksigen, suhu dan maklumat penyahmampatan melalui aplikasi Garmin Dive.

iii) Didatangkan dengan pelbagai ciri pemantauan kesihatan termasuk skor tidur, prestasi kecergasan dan banyak lagi.

iv) Boleh diakses melalui telefon pintar Android atau Apple.

Garmin

v) Dengan Widget Surfline baharu, pengguna boleh melihat gambaran visual maklumat air pasang surut, ketinggian ombak dan angin dengan tepat hanya dari pergelangan tangan.

Ciri lain yang mencuri tumpuan adalah gandingan satelit inReach Mini yang membantu menghantar atau menerima mesej jika berada di luar grid laluan.

Jika berlaku sebarang insiden, ciri Garmin Connect Mobile boleh menghantar mesej dengan nama dan lokasi kepada kenalan dengan pantas.

Garmin

Descent G1 dan Descent G1 Solar yang dijual pada harga RM2,570 dan RM3,030 itu boleh didapati di semua peruncit sah seluruh negara atau di Lazada, Shopee termasuk AECO e-store.

Untuk maklumat lanjut, layari garmin.com.my/minisite/descent.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca