VIVO Malaysia dengan kerjasama L’Oréal Paris baru-baru ini memperkenalkan Kotak Hadiah Valentine dengan kejutan model terbaharu, V23e 5G Mirage Gold.

Jenama tersebut dalam satu kenyataan menyebut, fitur baharu dengan gaya artistik berkenaan menghimpunkan gabungan teknologi lebih inovatif dan berdaya saing.

“Dengan teknologi Satin AG, model baharu tersebut menawarkan rekaan lebih halus dan berstruktur lembut ketika disentuh selain tahan kesan cap cari.

V23e 5G Mirage Gold

“Itu antara komitmen Vivo dalam menawarkan peranti pintar yang lebih baik dari segi sistem kamera terkehadapan dengan teknologi kecerdasan manusia (AI) dipertingkatkan,” kata jenama tersebut.

Baca juga Gambar persis jurukamera profesional, Vivo Siri X60 lebih canggih dan bergaya

Selain dilengkapi kamera potret asli hadapan AF 44MP yang membolehkan imej lebih fokus tanpa mengira jarak, model canggih itu juga didatangkan dengan tiga kamera belakang 50MP + 8MP + 2MP.

V23e 5G Mirage Gold Spesifikasi lain untuk V23e 5G Mirage Gold adalah seperti berikut:

i) Dilengkapi Funtouch OS 12 dan dikuasakan cipset MediaTek Dimensity 810 demi prestasi lebih terjamin.

Iklan

ii) Kapasiti bateri 4,050mAh dengan Flashcharge 44W, menjana kuasa peranti kepada 69 peratus dalam masa 30 minit.

iii) Menampilkan Extended RAM 2.0 baharu, menambah 4GB kepada 8GB RAM menggunakan memori 128GB yang tersedia.

Iklan

V23e 5G Mirage Gold Vivo V23e 5G Mirage Gold dijual pada harga bermula RM1,599 dan boleh didapati di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, kedai dalam talian, Shopee dan Lazada.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Berita baik buat peminat apabila anda ditawarkan hadiah istimewa dengan perlindungan retak skrin selama setahun dan jaminan lanjutan setahun bernilai RM399 untuk pembelian bermula 21 Februari hingga 28 Februari ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.vivo.com/my atau halaman Facebook rasmi Vivo Malaysia.