KALAU kita travel untuk bercuti dalam jangka masa panjang, antara perkara yang bermain dengan benak kita pastilah longgokan pakaian yang telah dipakai dan perlu dicuci.

Begitu juga kalau kita dijadualkan terpaksa bekerja di luar negara dan pada masa sama, terdapat banyak kerja-kerja pejabat yang perlu dilangsaikan. Mesti kelam-kabut dibuatnya. Mana nak selesaikan kerja-kerja membasuh, mana nak settlekan hal-hal kerja yang bertimbun-timbun.

Pernah berdepan situasi berkenaan, Herne Gan dan Victoria Ng (gambar) mengambil inisiatif mengasaskan Sanren Journey.

Apa itu Sanren Journey? Ia merupakan sebuah jenama bahan pencuci pakaian artisanal yang berasal dari Kuala Lumpur.

Ditubuhkan pada tahun 2020, jenama tersebut berdedikasi untuk meningkatkan dan menambah baik kehidupan seharian melalui produk pencuci pakaian yang dihasilkan dengan ketelitian.

Henre dan Victoria dalam satu kenyataan berkata, semasa mula-mula ditubuhkan, mereka memperkenalkan produk terulung mereka, Classic Laundry Stones (gambar)

Ia berupa kantung fabrik inovatif yang mengandungi serbuk pencuci ultra pekat untuk mencuci dengan sempurna tanpa perlu mengasingkan fabrik putih daripada fabrik berwarna.

Selepas itu, Sanren Journey berjaya mengembangkan rangkaian produknya termasuklah penyerap warna, pemadam noda fabrik, sanitiser fabrik untuk cucian tangan dan fabrik lembut, penjagaan kain dapur dan tuala serta perapi fabrik.

 

Iklan

“Produk-produk jenama ini dibuat dalam packeging kecil dan telah direka untuk membolehkan pengguna mempercepatkan proses pembersihan, mengekalkan kualiti pakaian dan memastikan cucian bersih serta bebas kuman.

Percayalah, dengan menggunakan produk Sanren Journey juga, tercetus satu keseronokan, kerja mencuci menjadi lebih efisien dan menjimatkan masa, lantas memberi ruang untuk kita semua meluangkan lebih masa untuk bersama yang tersayang,” kata mereka.

Pada masa sama, Herne dan Victoria turut bekerjasama dengan pereka wangian untuk mencipta aroma yang benar-benar unik untuk semua produk mereka.

“Kami yakin bahawa bau-bauan yang menarik ketika melakukan kerja rumah seharian mampu mengubah persepsi kehidupan secara positif,” kata mereka.

Iklan

Sanren Journey juga akan melancarkan set hadiah edisi terhad Hari Natal di Isetan KLCC pada bulan November ini, rasanya masih sempat lagi kalau kalian mahu grab peluang ini.

Pelanggan yang membeli daripada paparan Hari Natal Sanren Journey di Isetan dari 19 November hingga 1 Disember ini juga akan berpeluang untuk memutar roda untuk memenangi produk eksklusif.

Kalian kalau nak dapatkan produk ini, boleh dapatkan di Isetan KLCC okey.