[VIDEO] TMJ kongsi tip turunkan berat badan 22kg tanpa suplemen, tak perlu senaman ekstrem

A
A
A

PASTI ramai yang sudah perasan dengan perubahan pada fizikal baginda. Siapa sangka tidak mengambil masa begitu lama, baginda berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 22 kilogram (kg)! Banyak tu..

Ramai yang tertanya-tanya apakah rutin yang dilakukan olehnya hingga berjaya 'menghilangkan' berat asal sekitar 98.7kg sebelum ini kepada 76kg. Dalam pada itu, baginda berharap berat ideal tubuhnya sekitar 75kg dapat dikekalkan.

Apa yang menarik, tanpa menggunakan suplemen dan senaman ekstrem, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berjaya melakukan transformasi ini.

Pasti ramai yang tertanya, apakah rutin dilakukan olehnya? Video yang dikongsikan page FB Harimau Selatan ini diharap dapat memberikan inspirasi mereka di luar sana yang juga berharap dapat melakukan perubahan pada diri seperti yang dilakukan oleh baginda.

Ingat ya... seperti yang dipesan oleh TMJ, apa yang mustahak tujuan melakukan perubahan ini bukan untuk memiliki badan kurus mahupun berotot besar semata. Paling mustahak iaitu sebanyak 70 ke 80 peratus bergantung kepada faktor penjagaan pemakanan.

Baginda turun menyentuh perihal sesetengah individu yang menggunakan alasan ketiadaan tempat atau gim dan sebagainya untuk melakukan aktiviti bersenam untuk sihat dan lain-lain.

TMJ turut membuktikan, tidak perlu mengambil ruang yang luas, aktiviti bersenam bagi tujuan itu tetap dapat dilakukan. Baginda juga menunjukkan senaman yang diamalkannya untuk tujuan itu.

Lazimnya menurut baginda, senaman berkaitan boleh dilakukan tak lebih sejam.

"Kalau saya boleh buat, awak semua boleh buat. Yang mustahak bukan nak 'besar' (otot) tapi apa yang masuk ke dalam mulut," katanya.

https://www.instagram.com/tv/CAOU_mmJQ9w/?utm_source=ig_web_copy_link

Semoga terinpirasi!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca