Suka pedas? Ini menu baharu Santan, Hot Chic Bites with Spicy Sambal yang wajib dicuba.
MASAKAN pedas sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia. Justeru, bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna, Santan melancarkan menu baharu, Hot Chic Bites with Spicy Sambal.
Sajian itu berupa popcorn ayam rangup pedas dengan paprika dan serbuk lada cayenne bersama sambal ala Indonesia atau sambal gesek.
Dicipta dengan campuran lima jenis cili untuk kepedasan dan keenakan yang maksimum, sambal gesek tersebut lebih pedas, lebih berapi!
"Kami tahu rakyat Malaysia amat sukakan makanan pedas. Jadi, Santan mengambil peluang ini untuk memperkenalkan satu hidangan berapi yang diilhamkan daripada negara Indonesia untuk mencabar tahap kepedasan mereka.
"Pada skala satu hingga 10 (1 kurang pedas dan 10 paling pedas), kami memberikan anggaran lapan daripada 10. Kalau tidak percaya, cubalah sendiri dan beritahu kami tahap kepedasannya," kata Santan dalam satu kenyataan media.
Sebelum terlupa, Hot Chic Bites with Spicy Sambal juga boleh dinikmati sebagai snek atau dihidangkan dengan nasi ya!
Di mana anda boleh mendapatkan hidangan hebat itu?
Sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, anda boleh membuat pesanan online menerusi airasia food dan terus sampai di rumah.
Namun, anda juga boleh tapau kulinari berkenaan di restoran fizikal Santan di semua 12 cawangan restoran Santan di Mid Valley, Sunway Pyramid, Nu Sentral, MK 163, KL Sogo, Kl East Mall, Wangsa Walk, Aeon Shah Alam, PKNS, Setia City Mall dan IOI Puchong.
Jadi, jangan lupa dapatkan hidangan menarik itu bermula sekarang hingga 14 Julai depan sahaja.
Berita baik kepada penggemar Santan, dalam masa terdekat ini, jenama menu dalam penerbangan AirAsia itu akan menawarkan hidangan istimewa berharga 1 sen sempena promosi hidangan 1 sen yang dijalankan oleh airasia food.
Nantikan maklumat lanjut di akaun media sosial kami di Instagram, Facebook dan Twitter.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang