Menu berasaskan pisang

A
A
A

BANYAK stok pisang di rumah? Tak tahu nak buat apa? Ini antara menu yang anda boleh buat berasaskan pisang. Sedap dan pelbagai.

1.Nugget pisang cheese

 

Menu berasaskan pisang

Bahan-bahan:

5 biji pisang berangan

100 gram tepung gandum

2 sudu makan gula perang

1 biji telur

3 sudu makan susu pekat manis

Esen vanilla

150 gram cheese

Garam

Air

Bahan lapisan nugget

3 sudu makan tepung jagung

Serbuk roti

Cara-cara:

1.Lenyekkan pisang hingga lumat. Ketepikan

2.Campurkan telur, susu pekat manis, gula dan sedikit garam kemudian kacau sekata

3.Tambahkan esen vanilla dan kacau lagi

4.Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata

5.Tambahkan keju dan kacau lagi

6.Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang cantik

7.Masukkan ke dalam loyang dan kukus dalam kukus yang telah dipanaskan selama 20 minit dan kemudian sejukkan ia

8.Setelah sejuk, potong kepada bentuk nugget

9.Untuk buat lapisannya pula, bancuh tepung jagung dengan sedikit air

10.Celupkan nugget dalam bancuhan tepung jagung tadi kemudian salutkan dengan serbuk roti

11.Goreng atas api sederhana sehingga kekuningan.

12.Siap!

2.Banana filled french toast

Menu berasaskan pisang

 

Bahan-bahan:

2 biji pisang (dihiris bulat)

Roti bata

Nutella

3 biji telur

1/2 cawan susu kotak

1 sudu kecil esen vanilla

Butter

Cara-cara:

1.Msaukkan telur, susu dan esen vanilla dalam mangkuk dan gaul sebati.

2.Potong roti bata dan buat poket ditengah. Sapukan nutella kedalam poket roti tadi.

3.Masukkan hirisan pisang ke dalam poket roti itu.

4.Celupkan roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng dengan sedikit butter.

5.Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Mudahkan resipi ini. Itulah antara resipi yang sedap berasaskan pisang yang patut anda cuba!

Penulis: Suhaila Ali

Foto unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca