MALAYSIA sebuah negara yang unik. Selain penduduknya yang berbilang kaum, makanan juga menggambarkan perpaduan negara kita.

Ayam Brand produk kesukaan ramai dan mampu menyatukan Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa melalui rekaan menu hidangan.

Sesuai dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pikat selera keluarga anda dengan resipi Nasi Tomato Cili Tuna yang berasaskan Ayam Brand Cili Tuna dan Puding Jagung Malaysiaku menggunakan bahan utama Ayam Brand Jagung Manis dan Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim.

Ayam Brand produk yang selamat untuk kesihatan tanpa mengurangkan rasa enak pada masakan. Produk Ayam Brand juga dihasilkan tanpa bahan pengawet dan MSG, diiktiraf Halal oleh JAKIM.

NASI TOMATO CILI TUNA

Bahan-bahan:
✓ 2 cawan beras basmathi – rendam 30 minit
✓ 1 cawan susu cair
✓ 1 cawan air
✓ 1 tin Ayam Brand Cili Tuna
✓ 1 tin Ayam Brand Kacang Pea Hijau
✓ 3 sudu makan Ayam Brand Tomato Puree
✓ 2 sudu makan minyak sapi/mentega
✓ 3 ulas bawang merah – mayang halus
✓ 1 biji bawang besar – mayang halus
✓ 2 helai daun pandan – siat dan simpul
✓ 1 batang kulit kayu manis
✓ 2 kuntum bunga lawang
✓ 4 biji buah pelaga
✓ Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi/mentega dalam periuk.
2. Tumis bawang merah dan bawang besar hingga wangi dan layu.
3. Masukkan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan
daun pandan. Tumis hingga wangi.
4. Masukkan Ayam Brand Tomato Puree, susu cair dan air. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan beras basmathi yang telah direndam dan garam secukup rasa.
6. Biar sehingga nasi masak.
7. Masukkan Ayam Brand Cili Tuna dan Ayam Brand Kacang Pea Hijau ke dalam periuk, gaul sekata.
8. Tutup periuk dan biarkan selama 10-15 minit. Gemburkan nasi.
9. Tabur kismis dan cincangan daun ketumbar di atas nasi.
10.Hidangkan panas bersama pilihan salad atau jelatah.

PUDING JAGUNG MALAYSIAKU

 

Bahan-bahan:
✓ 1 tin Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim
✓ 1 pek Ayam Brand Santan Kelapa 200ml
✓ 1 tin Ayam Brand Jagung Manis (tabur selepas siap)
✓ 3 cawan air
✓ 1 cawan tepung kastard
✓ 1 cawan gula kastor
✓ 2 sudu makan tepung jagung
✓ 1 sudu mentega
✓ 2 helai daun pandan – siat & simpul
✓ Secubit garam
✓ Sedikit pewarna merah, pewarna biru

Cara memasak:
1. Satukan tepung kastard, tepung jagung, gula, garam dan Ayam Brand Santan Kelapa lalu kacau sebati.
2. Tapis ke dalam periuk.
3. Masukkan Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim, mentega dan daun pandan dalam periuk berisi campuran tepung tadi.
4. Didihkan atas api yang sederhana sambil kacau bancuhan hingga agak likat.
5. Apabila puding semakin memekat, tutup api dan buang daun pandan.
6. Semasa masih panas, bahagikan puding kepada 3 bahagian dalam 3 mangkuk yang berbeza.
7. Satu mangkuk campurkan dengan sedikit pewarna biru dan satu lagi ditambah pewarna merah manakala satu mangkuk lagi biarkan pada warna asal.
8. Sediakan mangkuk atau bekas yang bersesuaian.
9. Tuang puding berselang-seli warna atau mengikut kreativiti dan akhiri dengan taburan Ayam Brand Jagung Manis.
10. Sejukkan selama sejam dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

INFO PRODUK

AYAM BRAND CILI TUNA

● Untuk peminat tuna pedas
● Mengandungi Omega 3

AYAM BRAND JAGUNG MANIS


● Rangup dan manis
● Tanpa pewarna

Iklan

AYAM BRAND CILI SABA


● Saba adalah ikan mackerel liar
● Mengandungi 50 peratus lebih Omega 3 berbanding Cili Tuna

AYAM BRAND TOMATO PUREE


● 100% tomato asli
● Tanpa bahan pewarna

Iklan

AYAM BRAND KACANG PEA HIJAU


● Produk baharu
● Tanpa bahan pewarna
● Terdapat dalam saiz 400g dan 200g

AYAM BRAND SANTAN KELAPA


● Sesuai untuk semua hidangan
● Bebas kolestrol
● Tanpa bahan pengawet dan bahan pewarna