MAHU makan besar bersama famili dengan pelbagai bufet dessert mengiurkan, namun susah nak cari tempat yang best dan menyeronokkan?
Nah! Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menyajikan sesuatu yang unik buat kalian yang merancang untuk menghabiskan cuti hujung tahun bersama keluarga besar.
It’s A Claus For Celebration menawarkan hidangan cukup meriah dengan aneka tema sama ada buat pencinta makanan Barat mahupun Nusantara.
Tak ketinggalan buat si kecil, lambakan manisan dengan ukiran unik dan comel, pasti membuatkan mereka rambang mata mahu mencuba semuanya.
Bercerita lanjut, Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, Wilfred Yeo mempelawa orang ramai untuk meraikan percutian bersama orang tersayang dengan aktiviti mengujakan.
“Selain tawaran bilik yang menarik, kami juga menghimpunkan pelbagai masakan lazat yang sesuai untuk musim perayaan. Abadikan momen berharga di Santa’s Corner yang mewah dengan manisan premium.
“Antaranya Forest Yule Log, Stollen, Panettone, biskut halia homemade, pai Mince, pelbagai kotak hadiah dan banyak lagi,” katanya sempena Majlis ‘It’s a Claus for Celebration’ yang dianjurkan baru-baru ini.
Ya! Sempena sambutan farewell 2023 dan menyambut Tahun Baharu 2024, jom kita raikan bersama di penginapan yang menerima pengiktirafan Malaysia’s Best Family Hotel itu.
Apa hidangan menarik yang menanti kalian?
Okey, untuk mereka yang mahu menikmati kulinari mewah lengkap dengan pakej penginapan, bolehlah booking pada 23 hingga 26 Disember ini untuk slot berikut:
Festive Feasts & Tranquil Treats
– Nikmati bufet sarapan pagi untuk dua orang dan nikmati The Eve of Christmas Eve Buffet Dinner untuk dua orang pada 24 Disember ini.
– Jangan lupa cuba makanan seperti kambing panggang, aneka makanan laut dan banyak lagi.
– Paling best, hidupan laut segar seperti udang kara, ketam, kerang, pepahat dan tiram memang puas makan.
– Bagi mereka yang sukakan pasta, jangan risau sebab ada kaunter masakan panas yang boleh kalian pilih tanpa tunggu lama.
Rumah Makan Nusantara
– Rumah Makan Nusantara juga menyajikan kulinari Indonesia klasik seperti Soto Betawi, Ayam Pop Minang, Udang Harimau Bakar dan Tongseng Kambing.
– Menu sajian Melayu juga ditawarkan seperti Asam Pedas Ikan Tenggiri, Ayam Percik, udang masak mentega, baked red snapper meuniere with beurre noisette dan banyak lagi.
Baca juga Bufet makan sampai kenyang, ini 8 lokasi steamboat & grill harga mampu milik boleh bawa satu famili
Pakej ditawarkan serendah RM150 dan setiap set disediakan minuman percuma iaitu Avocado Smoothie, sebotol sparkling juice dan kek Forest Yule Loge.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.sunwayhotels.com/sunway-putra.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang