Miliki kelas tersendiri, GEL-KAYANO LITE 2, kasut ASICS yang dicipta khas untuk pelari handalan
ASICS baru-baru ini melancarkan GEL-KAYANO LITE 2, kasut yang dicipta khas untuk pelari yang mementingkan kualiti, kestabilan dan kemampanan.
Jenama itu dalam satu kenyataan menyatakan, fitur tersebut bersifat ringan, tahan lama dan pada masa sama menampilkan tapak tengah tengah (GEL-KAYANO LITE 2) yang akan membuatkan pemakainya lebih selesa.
Kusyen FLYTEFOAM yang terdapat di tapak tengah dibentuk dengan bahan yang dihasilkan secara organik. Bahagian atas kasut pula menggunakan bahan kitar semula seperti poliester (60 peratus).
“Platform kasut yang lebih luas berupaya mencipta pendaratan pada hujung kaki dengan lebih lancar,“ kata ASICS.
BACA JUGA SKECHERS x One Piece kembali, koleksi anime kegemaran ramai terbaharu dengan warna lebih wow!
BACA JUGA Kasut memicu ketangkasan berlari dengan pantas
GEL-KAYANO LITE 2 yang dijual pada harga RM699 boleh dibeli di kedai fizikal ASICS atau melalui laman web asics.com.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang