DESAIN lebih sporty dengan prestasi lebih mengagumkan.

Itu yang dapat disimpulkan terhadap Modenas Ninja ZX-25R SE yang dilancarkan secara rasmi di Sentul Depot Kuala Lumpur pada petang semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Modenas Sdn Bhd, Roslan Roskan, di samping itu, pihaknya turut menyerahkan motosikal berkuasa tinggi tersebut kepada 100 pelanggan pertama.

“Pada majlis penuh bersejarah ini, kita membuat serahan untuk 100 pelanggan pertama. Permintaan untuk model berkuasa tinggi tersebut cukup tinggi.

“Varian ini bukan sekadar motosikal semata-mata tetapi adalah bukti kesungguhan Kawasaki dan Modenas dalam membawakan inovasi kepada orang ramai.

Modenas Ninja ZX-25R SE

“Lebih hebat, ia dilengkapi dengan enjin empat silinder selari 250cc, menjadikannya tambahan yang unik dan berkuasa untuk pasaran tempatan,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran, George Kashiwagi berkata, pengenalan model terbaharu tersebut bakal memenuhi permintaan mereka yang mengimpikan motosikal 250cc berkuasa tinggi.

 

“Untuk menghasilkan model sub 250cc, kami perlu membuat pemasangan dalam negara sebagai model Completely Knocked Down (CKD).

Baca juga Bergaya dengan Modenas Ninja ZX-25R SE. Harga menarik, spesifikasi lebih power

“Terima kasih atas perkongsian kukuh antara DRB-HICOM dan Kawasaki Motors, Modenas menjadi syarikat pertama di dunia, selain daripada anak syarikat Kawasaki, untuk memulakan pemasangan CKD model ZX-25R,” katanya.

Modenas Ninja ZX-25R SE

Selain tampil dengan dua pilihan warna iaitu lime green ebony dan metallic matte graphene steel grey ebony, kenderaan itu dijual pada harga bermula RM33,900.

Iklan

Baca juga Skuter Modenas Elegan 250 EX memang sesuai untuk orang muda tak kira lelaki atau wanita

Berikut spesifikasi lain Modenas Ninja ZX-25R SE:
i) Tampil dengan Electronic Throttle Valves untuk kelancaran enjin.
ii) Pilihan dua power mode iaitu Full Power atau Low Power untuk kesesuaian tetapan penunggang.

Modenas Ninja ZX-25R SE
iii) Sistem Centre Ram Air System untuk prestasi enjin lebih mantap.
iv) Dikuasakan enjin empat silinder sebaris sejukan cecair baharu dengan janaan kuasa maksimum pada 12,500 hingga 17,000 rpm.

Modenas Ninja ZX-25R SE

Untuk informasi lanjut, layari https://www.kawasaki.com.my.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang