Mudah je cara masak sambal bilis garing, sedap dan tahan lama
SAMBAL bilis garing memang sedap. Makan dengan nasi panas pun sudah cukup menyelerakan.
Bagi mereka yang suka makan ‘kering-kering’ dan travel jauh, sambal bilis garinglah salah satu bekal wajib bawa.
Mak-mak yang tak sempat masak boleh jadikan sambal bilis garing ni sebagai menu sampingan ekspress.
Baca juga: Sambal Belacan Goreng pelengkap hidangan, tak sedar licin nasi sepinggan
Tak lama lagi bulan Ramadan bakal menjelang, ramai wanita yang sedang menggantikan puasa. Sambal garing ni sesuai sangat jadi menu pantas untuk bersahur. Makan nasi atau roti pun sedap.
Tak perlu beli lagi, buat sendiri lebih menjimatkan. Guna resipi dikongsikan Ayu Masfaliza Ab Jaafer ni, sambal bilis garing padu dihasilkan menggunakan enam bahan sahaja.
“Nak beli terasa mahal. Jom kita buat je sendiri, duit pun jimat. Boleh buat stok untuk bersahur dan bekalan anak-anak di asrama nanti. Jimat,” kongsi Ayu.
Baca juga: Ikan bilis kentang berlada 'lejen' menyelerakan!
SAMBAL BILIS GARING
Cili kering secukupnya
Kiub pati ikan bilis
1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
1 mangkuk kecil bawang goreng
Minyak untuk menggoreng
Gula
1-Cili kering dibuang biji, dicuci bersih dan dijemur sehingga kering.
2-Gorengkan cili kering dengan sedikit minyak sehingga garing. Pastikan api kecil dan cili kerap dibalikkan. Angkat dan sejukkan.
3-Masukkan cili ke dalam food processor atau chopper bersama kiub ikan bilis.
4-Tambahkan sedikit gula halus.
5-Kisarkan. Jika betul kering hasil sambal akan cantik.
6-Panaskan semula minyak menggoreng cili tadi dan apabila panas masukkan bahan yang dikisar.
7-Masakkan ia dengan menggunakan api kecil. Hati-hati jangan sampai hangus.
8-Tutup api dan sejukkan.
9-Masukkan ikan bilis dan bawang goreng. Gaul rata.
10-Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dibawa ke mana-mana.
“Kalau begini punya keseksian sambalnya, pekena dengan nasi panas boleh tambah dua pinggan ni.” - Ayu
Selamat mencuba!
Baca juga: Diet pemakanan ketika bersahur dalam bulan puasa
Sumber: Ayu Masfaliza Ab Jaafer
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang