BERITA baik buat semua kaki jalan, tempahan tiket tren khas terus ke Hat Yai, Thailand sudah dibuka untuk mereka yang mahu bercuti ke negara jiran tersebut.

Menerusi perkhidmatan MySawasdee diperkenalkan lagi pada tahun ini, sebanyak lapan tarikh yang sudah ditetapkan sepanjang tahun.

Menurut kenyataan yang dikongsikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di akaun rasmi Instagram, tiket perjalanan pergi dan balik ke Hat Yai dibuka hari ini pada jam 10 pagi.

“Jom rasai pengalaman pesta Songkran di Hat Yai, Thailand. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri festival air yang menjadi acara tahunan di Thailand.”

Hat Yai

Menariknya, orang ramai boleh menikmati tawaran harga hanya RM95 untuk perjalanan sehala dan jika mahu menempah untuk tempat tidur, kadar dikenakan bermula RM109 hingga RM119.

Ini kerana perjalanan dari KL Sentral bermula jam 10.50 malam dan dijangka tiba ke Thailand pada jam 8.50 pagi (waktu Thailand).

Hat Yai

Jadi, pilihan untuk tempat tidur barangkali menjadi pilihan buat mereka yang mahu menikmati perjalanan dengan lebih selesa.

Selain itu, urusan di sempadan juga tidaklah begitu rumit kerana penumpang hanya perlu turun di stesen Padang Besar, Perlis untuk melalui imigresen Malaysia dan Thailand.

 

Urusan pemeriksaan pasport saja dilakukan di kaunter imigresen dan penumpang dinasihatkan supaya menyediakan dokumen lebih awal supaya urusan disegerakan.

Selepas selesai, mereka boleh terus menaiki kereta api yang sama sekali lagi untuk melengkapkan perjalanan terus ke Hat Yai.

LALUAN PANTAS

Bagaimanapun, tiket yang dijual hanya untuk dewasa saja memandangkan tiada tiket kanak-kanak atau konsesi ditawarkan.

Hat Yai

Kadar tambang pula adalah untuk satu zon laluan saja iaitu KL Sentral – Hat Yai dan Hat Yai – KL Sentral.

Harga tiket juga tak termasuk makan dan minum dalam kabin serta pakej lawatan di Hat Yai.

Hat Yai

Sebelum ini, servis MySawasdee diperkenalkan sebagai kereta api khas untuk perjalanan pantas ke sempadan Thailand.

Baca juga 1,200 tiket tren khas MySawasdee terus ke Hat Yai habis terjual dalam 30 minit. Ini destinasi menarik wajib singgah

Iklan

Jika dibandingkan dengan perkhidmatan ETS biasa, ia hanya melalui stesen Tanjung Malim, Ipoh, Taiping dan Padang Besar.

Hat Yai

Orang ramai boleh membeli tiket melalui aplikasi KTMB Mobile atau di laman web rasmi KTMB Berhad.

Baca juga Trip ke Hat Yai Thailand dengan bajet bawah RM100, lelaki ini kongsi 8 pilihan hotel murah & mampu milik

Wah! Begitu mudah nak bercuti di Thailand melalui servis tren KTMB. Tempahan tiket yang dibuka untuk perjalanan 11 hingga 14 April nanti.

Hat Yai

Pada tarikh tersebut, Festival Songkran akan berlangsung bermula 13 hingga 15 April setiap tahun.

Iklan

Selain itu, tujuh tarikh lagi dibuka pada bulan Mei, Julai, Oktober, November dan Disember 2024.

Bagi kalian yang mahu merasai pengalaman untuk melancong ke tempat orang dengan gaya begpackers, bolehlah try dengan MySawasdee dulu.

Okey! Selamat bercuti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!