Naik cruise kelilingi bandar, ini 8 lokasi wajib mak-mak boleh bawa anak jalan-jalan

A
A
A

BERBAKI dua hari lagi cuti sekolah, apa kata kalian bawa anak-anak menaiki teksi air atau cruise mengelilingi bandar.

Percaya tak kalau negara kita pun ada cruise sungai yang boleh bawa anda satu famili ronda-ronda bandar.

Banyak pilihan servis yang ditawarkan sama ada persendirian atau dikendalikan pihak berkuasa tempatan untuk mempromosikan lokasi pelancongan menarik di kawasan masing-masing.

Carian SinarPlus mendapati, setiap negeri mempunyai keunikan tersendiri untuk memperkenalkan kawasan tarikan dengan kemudahan cruise.

Tidak hanya terbuka kepada semua, setiap pengunjung ditawarkan pelbagai pakej menarik untuk fasiliti bot yang selesa dan luas.

Paling penting, aspek keselamatan menjadi keutamaan setiap pengendali.

cruise sungai

Sudah tentunya anak-anak antara pelancong yang paling teruja.

Kalau bernasib baik, boleh tengok spesies haiwan dan burung-burung yang berhijrah.

 

Bukan setakat cuti sekolah jer, anda boleh bookcruise untuk acara private seperti sambutan hari lahir atau kejutan lamaran.

Berikut pilihan yang boleh kalian pertimbangkan jika berada berhampiran:

cruise sungai

1. Muar River Cruise

Alamat: Jalan Tanjung 4, Taman Emas, Muar, Johor

Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 5.30 petang

Harga tiket: RM15 hingga RM30

Facebook: Muar River cruise

Instagram: @muar_rivercruise

cruise sungai

2. Melaka River Cruise

Alamat: Dataran Pengkalan Rama, Pengkalan Rama Pantai, Melaka

Waktu operasi: 9 pagi hingga 11 malam

Harga tiket: RM10 hingga RM1100

Laman web: https://www.melakarivercruise.my/

Facebook: Melaka River Cruise

Instagram: @melakarivercruise2017

Baca juga Percutian ala cruise harga mampu bayar, Melaka ada keunikan baharu

cruise sungai

3. Cruise Tasik Putrajaya

Alamat: Jeti Putra, Jambatan Putra, Presint 1, Putrajaya

Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang

Harga tiket: RM12 hingga RM30

Facebook: Cruise Tasik Putrajaya

Instagram: @cruisetasikputrajaya

cruise sungai

4. The Terengganu River Cruise

Alamat: Pulau Wan Man, Kampung Losong Panglima P'erang, Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang

Harga tiket: RM8 hingga RM77

Facebook: Taman Tamadun Islam

Instagram: @tamantamadunislam

Baca juga Percutian atas kapal mewah Resort World Cruises, ini 8 perkara menarik yang boleh dilakukan

cruise sungai

5. River Cruise Tok Kuning Perlis

Alamat: Pengkalan Tok Kuning, Kangar, Perlis

Waktu operasi: 3 petang hingga 7 malam

Harga tiket: Pakej bermula RM200

cruise sungai

6. Darul Aman River Cruise

Alamat: Jeti Muzium Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah

Waktu operasi: 3 petang hingga 10 malam

Harga tiket: Bermula RM3 hingga RM12

Facebook: Darul Aman River Cruise

cruise sungai

7. Kuala Selangor River Cruise

Alamat: Jeti Sky Mirror Kuala Selangor, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Selangor, Selangor

Waktu operasi: 6 pagi hingga 10 malam

Harga tiket: RM60 (kanak-kanak) dan RM80 (dewasa)

Facebook: Sky Mirror Tour & Travel Sdn Bhd

Instagram: @skymirror_official

cruise sungai

8. Brooklyn Cruise

Alamat: Senibong Cove Marina, Persiaran Senibong, Teluk Senibong, Masai, Johor

Waktu operasi: 24 jam

Harga tiket: RM80 (satu jam pelayaran)

Facebook: Brooklyn Cruise

Apa kata bincang dengan ahli keluarga mana satu destinasi yang hendak ditujui, ya.

cruise sungai

Pengalaman menelusuri sungai pasti boleh memberi ilmu tambahan buat si kecil untuk belajar sejarah tempat-tempat bersejarah.

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca