BAGI mereka yang ingin menurunkan berat badan, lazimnya akan memilih makanan yang eat clean untuk memastikan amalan pemakanan sihat seiring dengan misi diet.

Tidak kurang juga, ada yang rajin untuk memasak menu-menu sihat setiap hari demi memastikan misi kurus dan pada masa sama tubuh badan kekal cergas berjaya.

Pun begitu, persoalannya, adakah makanan yang sama membosankan atau tidak? Ada yang kata muak, namun lebih ramai sedaya upaya cuba bertahan untuk menikmati sajian yang serupa.

Perkongsian @demealprepper melalui akaun Instagram miliknya barangkali boleh memberikan idea bernas untuk menjadikan sajian lebih menarik dan sedap untuk dimakan.

menu sihat

Lebih 10 hidangan kreatif sarat dengan seni kulinari luar biasa membuatkan ramai yang ‘sayang’ untuk menjamah sajian yang dipaparkan.

Masakan tidak, setiap hidangan yang disediakan hanya menggunakan sumber yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, risoto dan tepung organik.

menu sihat

menu sihat

Seni kulinari pemilik akuan @demealprepper cukup menakjubkan termasuk watak filem seram pun sekali pandang seperti ‘hidup’. Tak kurang juga haiwan comel yang dibentuk hanya daripada makanan.

Iklan

menu sihat

Bagi mereka yang sudah jemu makan set yang sama, bolehlah cuba idea kreatif ini. Barangkali mahu siapkan saja sudah ambil masa lama tetapi berbaloikan?

Nak kurus dengan sihat dengan makanan organik bukannya mudah namun dengan kesungguhan jitu, semuanya boleh dicapaikan seperti yang diinginkan.

Iklan

menu sihat

Mungkin musim Covid-19 ini, misi ini boleh dijayakan kerana ramai yang kerja dari rumah dan rata-rata mengadu berat badan sudah naik kerana operasi dapur tidak berhenti demi anak-anak.

Nah! Apa tunggu lagi, banyak perkongsian menu sihat dikongsi dalam media sosial. Pilihlah mana yang mudah untuk dipraktikkan di rumah. Semoga berjaya!