BUNGA kantan bukan sahaja sering digunakan sebagai bahan masakan untuk menyediakan laksa, asam pedas mahu pun kerabu. Malah mengikut amalan petua orang dulu-dulu, pokok bunga kantan ini banyak manfaatnya untuk penjagaan kesihatan.

Bunga kantan ini digunakan untuk mengubati sakit telinga dan juga untuk membersihkan luka.

Caranya adalah dengan merebus buah kantan dalam beberapa minit dan kemudian menitikkannya ke dalam telinga.

Bunga kantan juga berkesan untuk menghilangkan masalah badan yang berbau dengan cara merebus batang pokok kantan dan air rebusan itu dibuat air mandian.

Cara simpan bunga kantan untuk tahan lama

Banyak stok bunga kantan dekat rumah tapi selalu saja buang sebab tak tahu cara nak simpannya. Mungkin dengan kaedah yang di kongsikan Puan Qiha Fareesya dari laman Facebook beliau boleh menjadikannya lebih segar dan kekal aromanya.

Cara-caranya:

1)Beli bunga kantan yang segar.

2)Masukkan bunga kantan yang segar ke dalam plastik aiskrim dalam keadaan bersilang bersilang untuk jimatkan plastik.

Iklan

3)Isi air masak dalam plastik yang sudah diisi bunga kantan tadi. Pastikan air menutup bunga kanta.

4)Simpul kemas-kemas.

5)Simpan dalam frozen dan biarkan bunga kantan beku.

Iklan

Cara simpan bunga kantan frozen ini boleh digunakan sebagai cara simpan daun kesum. Lagi pula bunga kantan dan daun kesum ini selalu digunakan bersama. Selepas ini, bolehlah cuba cara ini.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: Puan Qiha Fareesya (Facebook)