Nenek tunjuk cara mudah lipat kain, buat ramai terpegun, terlampau kemas & tersusun!

BARU-BARU ini tular satu video memaparkan keadaan dalam sebuah rumah yang sangat tersusun dan kemas.

Ramai terpukau dan terpesona apabila melihat ruangan rak pakaian yang indah dipandang.

Siapa sangka rupanya kediaman tersebut milik seorang nenek.

Menerusi perkongsian video di TikTok @adammar1819, seorang wanita dikenali Nurul Atika mengajak warganet melihat ruangan tengah rumah nenek tersebut.

Ruangan yang sangat cantik dipenusi hasil lipatan dan susunan kain baju yang pasti membuatkan ramai terpaku apabila masuk ke ruangan berkenaan.

Baca juga Rajin tolong ibu, gelagat anak 3 tahun lipat baju sambil nyanyi raih pujian ramai 

 

Atika menunjukkan ruangan setiap jenis kain seperti kain batik, tuala dan pakaian.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah susunan kesemua kain-kain tersebut sangat rapi ibarat kedai pakaian.

Mana tidaknya, terdapat pelbagai jenis kain batik dimiliki nenek berkenaan sehingga memiliki dua buah rak yang diletakkan berhadapan.

Setelah video itu tular dan meraih hampir 3 juta tontonan, ramai warga maya mahu melihat bagaimana cara nenek itu melipat semua kain dan pakaiannya.

Dalam rakaman video berlainan, nenek tersebut menunjukkan cara melipat kain batik dengan teliti.

Iklan

Kehandalan nenek melipat baju tanpa sebarang alatan membuatkan ramai kagum dengan skil ditunjukkan.

Baca juga Hanya cuci dan lipat baju jer, wanita ini mampu jana pendapatan lumayan hingga RM105,564 sebulan

Ramai mengakui untuk mendapatkan hasil lipatan yang rapi seperti itu memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Iklan

Apa lagi? Ibu-ibu bolehlah mengikut cara nenek ini lipat rapi dan tersusun indah mata memandang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!