Dah lama tak lepak minum di kedai kopi, NESCAFE ubati kerinduan kita dengan edisi khas Kopitiam

A
A
A

PASTI kita rindu untuk singgah di kopitiam kegemaran untuk menikmati secangkir kopi yang diminati, bukan?

Namun apakan daya, Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang masih dilaksanakan sehingga hari ini perlu dipatuhi.

Pun demikian, kepada penggemar kopi di negara ini, tidak perlu gusar kerana NESCAFE telah menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya dengan memperkenalkan edisi NESCAFE Kopitiam.

 

nescafe 2 Untuk membeli NESCAFE edisi Kopitiam pada harga berpatutan, klik di sini.

 

Pada masa sama, dua variasi baharu yang pastinya memenuhi selera rakyat Malaysia iaitu NESCAFE Kopi-C dan NESCAFE Kopi Cham turut dilancarkan.

Selain itu, Edisi NESCAFE Kopitiam turut merangkumi NESCAFE Tarik, NESCAFE Tarik Kaw, NESCAFE Kopi-O, NESCAFE White Coffee dan NESCAFE Ice.

Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Bhd, April Wong berkata, NESCAFE Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFE Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih 'halus'.

Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan," katanya baru-baru ini.

Menariknya lagi, wajah baharu tin juga mengetengahkan konsep baharu berdasarkan rekaan dalaman kopitiam yang biasa boleh dilihat di kopitiam di negara ini.

nescafe Untuk membeli NESCAFE edisi Kopitiam pada harga berpatutan, klik di sini.

 

"Ia (rekaan) sekali gus mencerminkan simbol nostalgia dan warisan klasik, namun lebih trendy.

Kami berikhtiar untuk mengembalikan kenangan silam buat rakyat Malaysia agar warisan ini dapat terus dipelihara dan dibanggakan. Dengan pengenalan edisi ini, penggemarnya boleh menikmati kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja," kata April.

Edisi NESCAFE Kopitiam sudah boleh didapati di kedai-kedai seluruh negara dan menerusi platform perniagaan online Lazada dan Shopee.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca