Nikmati keseronokan Jack 'N Jill

jack n jill
jack n jill
A
A
A

SEBAGAI tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia, jenama snek popular Jack'n Jill Roller Coaster melancarkan kempen istimewa.

Penganjuran kempen Jack 'n Jill Roller Coaster Funtastic Day itu mengajak orang ramai untuk menikmati snek gegelang ubi kentang rangup bersama dengan teman dan famili.

Kempen itu berhasrat menyebarkan kegembiraan dan keceriaan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira status dan latar belakang.

Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia dan Singapura, Emmanuel B Puno berkata, kempen bertemakan Sebarkan Keseronokan, Sebarkan Hadiah tersebut menggalakkan orang ramai menganjurkan acara ataupun majlis yang menyeronokkan.

“Bertambah menarik apabila para tetamu disajikan keenakan snek Jack 'n Jill Roller Coaster lalu gegelang ubi kentang disusun dan dimakan pula sekeping demi sekeping.

“Pastinya situasi ini membawa kita mengimbau kembali pengalaman yang sama dilakukan pada zaman kanak-kanak,“ ujar beliau.

Antara perisa snek Jack 'n Jill Roller Coaster ialah tomyam, BBQ dan keju.

Produk: Jack 'n Jill Roller Coaster

Facebook: @urc.rollercoaster

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca