KEPADA pencinta kucing khususnya, singgahan ke Cat Walk Studio Cafe yang terletak Kota Fesyen Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, Melaka ibarat serampang dua mata.

Bukan sahaja anda dapat membelai kawanan kucing yang menjadi terapi menenangkan jiwa, malah dapat merasai keenakan menu signatur premis itu iaitu set talam bersama lima jenis sambal istimewa.

Pengusahanya, Muhammad Ariff Abd Ghani berkata, sajian yang merupakan air tangan ibu beliau, Kamariah Jaafar, 64, menjadi daya tarikan utama pengunjung.

Cat Walk Studio Cafe

Paling mencuri tumpuan ialah set talam dengan pilihan lauk-pauk kampung yang berasal dari Melaka dan Negeri Sembilan.

“Selain daging salai masak lemak cili padi, kami menyediakan lauk lain seperti itik salai masak lemak cili padi, daging tetel masak asam pedas dan rendang maman ayam. Pilihlah salah satu daripadanya.

Cat Walk Studio Cafe

“Set itu kemudian akan disajikan bersama sayur campur, telur dadar, pucuk ubi masak tempoyak, ulam, sambal belacan dan ikan masin. Apa yang saya boleh katakan, padanan menu itu semua seperti kita makan makanan yang dihidangkan di rumah,” katanya.

Tidak hanya itu, Cat Walk Studio Cafe juga menyenaraikan seleksi makanan lain seperti ayam penyet, pecel lele dan sup rawon.

Cat Walk Studio Cafe

Cat Walk Studio Cafe

“Menariknya, sup rawon yang dimasak menggunakan rempah khas yang ditempah dari Indonesia. Jadi, rasanya lebih asli, kuahnya yang pekat dan berbeza sedikit dengan sup tempatan. Memang ramai pelanggan kami sukakan menu ini,” kata beliau sambil memberitahu premis yang dikendalikannya sudah tujuh tahun beroperasi.

 

Tidak cukup dengan itu, Muhammad Ariff turut memperkenalkan nasi jagung bersama ayam goreng rangup, ulam rebus dan sambal khas yang bikin selera bertambah.

Ini kerana katanya, sambal tersebut diperbuat daripada cili merah tempatan dan digabung dengan bumbu khas dari Jawa Timur yang memberi tambah nilai pada sajian tersebut.

Baca juga Membelai dan melihat telatah kucing, terapi bantu pesakit meningkatkan keupayaan diri

“Kami bukan yang pertama memperkenalkan konsep kafe dan kucing, namun kami jamin kehadiran orang ramai ke sini akan meninggalkan momen yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Cat Walk Studio Cafe

“Insya-ALLAH, di samping senarai makanan yang lazat dan memuaskan hati, 20 ekor kucing yang menanti tetamunya di ruangan khas untuk dibelai dan diajak bermain,” katanya yang memiliki baka kucing jenis Maine Coon, American Curl, Cornish Rex, Munchkin, British Shorthair dan sphynx.

Untuk ke ruangan si bulus, caj sebanyak RM20 dikenakan untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

#jomsinggah

Cat Walk Studio Cafe

KONSEP kafe kucing memang memiliki tarikan sendiri terutama kepada mereka yang menggemari haiwan comel itu.

Paling penting, tahap kebersihan premis dan si bulus dijaga sebaik-baiknya. Kriteria itulah yang amat dititik beratkan oleh rata-rata pengusaha.

Baca juga AS rekod 76.5 juta kucing paling banyak di dunia, kenali 5 destinasi pelancongan dengan tarikan si bulus

Jika pembaca SinarPlus secara kebetulan berada di kawasan yang disenaraikan, boleh luangkan masa berkunjung ke kafe atau restoran yang kami cadangkan.

Iklan

Cat Walk Studio Cafe

Chucky Chappy CAFE & PET STORE

Alamat: No 56A, Jalan Kenanga 29/5, Bandar Indahpura, Kulaijaya, Johor
Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam (Selasa tutup)
Harga tiket: RM19.90
Facebook: Chucky Chappy CAFE & PET STORE

Cat Walk Studio Cafe

Cat Walk Studio Cafe

Maocatfe

Alamat: No 6-1, Commercial Complex Akasa, Jalan Akasa, Akasa Cheras South, Seri Kembangan, Selangor
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam (Isnin tutup)
Harga tiket: RM30 hingga RM50
Facebook: maoCATfe
Instagram: @maocatfe

PetShop Coo&RIKU Malaysia

Iklan

Coo & Riku

Alamat: Mitsui Shopping Park Lalaport, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Harga: Bermula RM15
Facebook: PetShop Coo&RIKU Malaysia
Instagram: @cooandriku_malaysia

Purrfect Cafe Wangsa Maju

Purrfect Cafe Wangsa Maju

Alamat: No 28, Jalan Industri Sepakat, Taman Industri Sepakat, Lunas, Kulim, Kedah
Waktu operasi: 10 pagi hingga 5 petang
Harga: Bergantung pada pakej
Facebook: Purrfect Cafe Wangsa Maju
Instagram: @purrfectcafewangsamaju

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang