KUIH nona manis barangkali ramai yang sudah terbiasa. Namun, pernah atau tidak pembaca SinarPlus mencuba kuih berkenaan yang dihasilkan daripada sagu?

Kami percaya, ramai yang tidak berkesempatan merasanya. Justeru, SinarPlus baru-baru ini menghubungi Norsalemi Ahmad yang mahir membuat menu yang sesuai untuk dijadikan pencuci mulut pada waktu petang atau sarapan pagi itu.

Menurut Norsalemi, permulaan kepada eksplorasinya membuat kuih berkenaan adalah selepas menonton sebuah klip video seorang tukang masak dari Indonesia di laman Instagram.

“Tertarik melihatnya dan yakin hasil air tangan wanita itu sedap, saya terus teruja mahu buat. Tambahan, saya dan keluarga pun memang suka makan segala jenis kuih berasaskan sagu sebab rasanya memang sangat autentik,” katanya mula bercerita.

Pun demikian, percubaan pertamanya menemui kegagalan apabila juadah berkenaan kelihatan lembik.

Rupa-rupanya ujar wanita tersebut, masalah itu berpunca daripada jumlah sukatan air mungkin tidak bersesuaian dengan jenis sagu yang dipilih.

“Tak kan sekali gagal kita nak putus asa, kan? Jadi, dari semasa ke semasa saya cuba dan cuba lagi. Apa yang saya lakukan adalah dengan mengurangkan jumlah cecair.

Alhamdulillah, ia menjadi. Saya memang gembira sangat,” ujarnya yang terus berkongsikan resipi berkenaan di platform TikTok dengan puluhan ribu tontonan.

Baca juga: Kenyal dan berlemak. Wanita ini kongsi cara buat lepat ubi leleh bungkus macam kuih koci

 

Menurut wanita yang berasal dari Kampung Permatang Simpor, Bandar Bahru, Kedah itu, kulinari berkenaan memang tidak sukar untuk dihasilkan.

Selain sagu yang menjadi ‘hero utama’, bahan-bahan lain kesemuanya mudah untuk didapati. Antaranya seperti gula, tepung jagung, santan dan pewarna.

Baca juga: Buat kuih batang buruk guna kulit popia. Hasilnya lebih rangup, tak leceh dan rasa tetap umphhh…

Kepada yang mahu mencuba, Norsalemi berbesar hati memberi tunjuk ajar untuk menghasilkan 20 biji kuih berkenaan.

“Kita hanya perlukan 200 gram sagu dan bahagikan kepada tiga bekas. Setelah dibersihkan, masukkan air yang telah dicampur dengan pewarna pilihan dan rendam bahan utama itu sehingga kembang. Biasanya proses ini akan mengambil masa 10 minit sahaja,” ujarnya sambil memberitahu, di kedai tertentu adakalanya sagu berwarna boleh didapati dengan mudah.

Kata beliau, proses paling penting adalah memastikan bekas kuih nona dioles dengan minyak terlebih dulu bagi mengelak adunan melekat.

Baca juga: Kuih bingka letak kerisik bikin sajian minum petang ini lagi manis berlemak. Memang wajib cuba

“Kemudian kukus selama 15 minit atau sehingga sagu bertukar warna jernih,” tuturnya.

Iklan

Untuk membuat adunan tengah kuih, bahan-bahan perlu dimasak atas api perlahan sehingga pekat.

“Nak mudah dan tak perlu berkecah ketika masukkan bahan ke dalam lubang kuih, adunan tengah dimasukkan ke dalam beg piping dan picitnya dengan perlahan-lahan. Sekali lagi kuih dikukus, tapi dalam masa lima minit sahaja,” ungkapnya.

Beritahu Norsalemi, kuih nona manis bersagu sebenarnya enak dinikmati selepas dimasukkan ke dalam peti sejuk beberapa ketika.

“Selepas dua hingga tiga, keluarkan, makan bersama kopi panas. Memang sedap sangat,” ujar ibu kepada lima orang cahaya mata itu.

Baca juga: Kuih sawalla orang Bugis senang sangat nak buat, guna 4 bahan asas jer. Dah pandai buat, boleh jual tambah duit poket


RESIPI NONA MANIS SAGU

Iklan

Bahan A
200 gram sagu mutiara [BELI DI SINI]
Air secukupnya
5 sudu makan gula [BELI DI SINI]
Perisa pandan [BELI DI SINI]
Pewarna kuning [BELI DI SINI]
Pewarna merah [BELI DI SINI]

Baca juga: Guna tepung segera sahaja, kuih seri muka red velvet wanita ini dijamin menjadi

Bahan B
250 mililiter santan [BELI DI SINI]
1 sudu makan gula [BELI DI SINI]
1/2 sudu teh garam [BELI DI SINI]
3 sudu makan tepung jagung [BELI DI SINI]


Cara penyediaan:
1. Bersihkan dan rendam sagu.
2. Bahagikan sagu kepada tiga bahagian dan titikan pewarna pilihan.
3. Toskan sagu dan masukkan gula. Gaul rata.
4. Masukkan sagu ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
5. Buatkan lubang di tengah adunan sagu.
6. Kukus selama 15 minit atau sehingga sagu masak. Ketepikan.
7. Campurkan bahan B dan masak sekejap di atas api sehingga ada letusan kecil.
8. Masukkan adunan ke dalam piping beg dan paip di tengah bahagian sagu.
9. Sedia untuk dihidang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang