Online game boleh ‘connect’ kawan walaupun tak berjumpa

games
games
A
A
A

FENOMENA permainan (game) atas talian sekarang ini memang tengah in. Terdapat permainan atas talian yang membolehkan kita berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

a) Playerunknown’s Battleground

game

Aplikasi permainan playerunknown’s battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG merupakan medium permainan atas talian yang boleh kita berkomunikasi bersama dengan rakan-rakan ketika kita sedang bermain permainan ini. PUBG ini selalunya gamers akan bermain di telefon bimbt jadi ianya sangat mudah.

b) Fornite

game

Selain daripada PUBG, fortnite juga merupakan aplikasi yang kita boleh berkomunikasi antara sama satu sama lain tetapi agak rumit sedikit kerana ianya memerlukan permainan di komputer ataupun play station kerana format fornite ini tidak dapat di muat turun oleh semua telefon bimbit.

c) Plato

Aplikasi Plato ni membolehkan pengguna bermain permainan atas talian dan boleh membuat ‘group chatting’ bersama dengan pemain lain. Aplikasi ini hanya dibenarkan bermain dalam kumpulan sahaja dan merupakan stor untuk permainan lain seperti Werewolf, Bowling, Mini golf, Ludo, Chess dan pelbagai lagi permainan atas talian.

d) Houseparty

Aplikasi houseparty adalah merupakan aplikasi yang membolehkan kita membuat panggilan video bersama dengan rakan-rakan sambil bermain permainan atas talian. Panggilan video boleh dibuat seramai lapan orang menerusi aplikasi ini.

game

Apabila berada di rumah tidak semestinya kita tidak dapat berhibur bersama-sama dengan rakan-rakan kan? Ini contoh-contoh aplikasi yang bolehkita  berhubung dengan mereka. Enjoy!

Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif

Foto: Businesstoday, KLgadgetguy, Goggleplay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca