Padu! Yamaha X-Max 250 lebih mantap dan mewah

A
A
A

NAMPAK gagah dan bergaya, motosikal Yamaha X-Max 250 wajar menjadi pilihan ramai.

Beberapa kemas kini kecil untuk skuter Yamaha X-Max 250 edisi 2022 di pasaran Malaysia yang ditawarkan dengan harga cadangan RM21,998 sebuah.

Yamaha X-Max 250 Power Grey.

Antara pembaharuan X-Max 250 ialah pilihan warnanya yang eksklusif iaitu nuansa kelabu Icon Grey dan Power Grey yang mana stok boleh didapati di semua pengedar Hong Leong Yamaha yang sah.

Model Yamaha X-Max 250 nuansa Icon Grey

Selain itu, terdapat perubahan menarik termasuk lampu signal serta reka bentuk semula kunci pintar.

X-Max 250 datang daripada enjin satu silinder penyejukan cecair yang mematuhi Euro 4 menyesarkan 250 cc dan dikuasakan oleh EFI.

Model ini hebat kuasanya iaitu 22.5hp pada 7,000 rpm dan tork 24.3 Nm pada 5,500 rpm dengan reka bentuk enjin Teras Biru Yamaha (Yamaha Blue Core Engine) yang memberikan kuasa dan penjimatan bahan api yang lebih baik.

Manakala kuasa disalurkan ke roda belakang melalui kotak gear automatik dan V-belt drive.

X-Max 250 seberat 179 kilogram (kg) dan dengan 13 liter bahan api dibawa ke dalam tangki.

Model Yamaha ini mempunyai ruang penyimpanan di bawah tempat duduk dilengkapi dengan lampu yang luas yang mana dua topi keledar ‘full-face’ boleh disimpan sekali gus.

X-Max 250 turut dilengkapi dengan ruang penyimpanan di dalam penutup hadapan yang dilengkapi dengan soket kuasa 12 volt untuk mengecas peralatan elektronik.

Ketinggian tempat duduk pada X-Max 250 ialah 795 milimeter (mm), dengan jarak roda 1,540 mm, lebar keseluruhan 775 mm manakala panjang keseluruhan ialah 2,185 mm.

Brek X-Max 250 menggunakan cakera hidraulik, roda depan 15 inci dilengkapi cakera berdiameter 267 mm.

Manakala roda belakang berdiameter 14 inci dilengkapi cakera 245 mm.

Motosikal yang mempunyai 'starter' elektrik ini dilengkapi ‘fork’ teleskopik 110 mm perjalanan roda manakala bahagian belakang pula ‘monoschock’ 79 mm.

Setiap pembelian akan menerima pengunci Yamaha Disc Lock bernilai RM100 dan waranti selama dua tahun.

Baca juga: 6 Tip Penunggang Motosikal Semasa Hujan Elak Kemalangan

Baca juga: Volvo V60 Recharge T8 Yang Lebih Versatil Dengan Fungsi Dinamik, Sesuai Untuk Gaya Hidup Moden

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca