Jangan lupa follow kami di Instagram!

SIAPA yang tak suka apabila menikmati minuman segar berasaskan buah-buahan campuran.

Ditambah pula dengan susu dan diminum sejuk yang dapat membantu mengurangkan sedikit bahana cuaca panas di luar.

Salah satunya minuman jenis smoothie diperbuat daripada kombinasi buah-buahan, sayur, sirup gula atau gula pasir, susu cair dan air batu.

Sesetengah individu gemar membuat smoothie menggunakan beberapa jenis buah sahaja, tetapi ada juga mencampurkan buah dan sayur pilihan untuk mencipta rasa lebih enak.

Jadi, hari ini SinarPlus kongsikan resipi MILO Yogurt Beri Smoothie yang mudah dan sedap.

Bahan-bahan:
– 30g Serbuk MILO
– 80g Yogurt asli rendah lemak
– Susu rendah lemak sejuk
– 40g strawberi dan blueberi (segar atau sejuk beku)
– Ais (ikut kesukaan)

Panasnya cuaca, jom pekena MILO Yogurt Beri Smoothie

Iklan

Cara penyediaan:
1- Masukkan semua bahan ke dalam mesin kisar.
2- Kisar sehingga tekstur menjadi pekat.
3- Sedia untuk dinikmati.

Cuba juga Ayam Tiram Thai, sajian enak negara Gajah Putih, sesuai ‘tekak’ Melayu

Iklan

Kandungan nutrisi:
– Tenaga (Kcal) 225
– Karbohidrat (g) 35
– Protein (g) 9,9
– Lemak (g) 5.1

Selamat mencuba!