GELAGAT anak pelakon terkenal Shukri Yahya yang dilihat begitu bersungguh mengemas rumah meraih perhatian warga maya.

Video pendek dimuat naik Tya Adnan yang juga isteri kesayangan aktor berkenaan menunjukkan sisi kerajinan anaknya, Maleeq Mikayl.

Malah, si ibu turut mengakui akan sikap anak keduanya itu yang cukup suka mengemas.

Kongsi Tya lagi, setiap kali beliau mahu mop lantai, pasti Maleeq akan turut serta dan berebut untuk berbuat demikian.

Baca ni ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

SELALU BEREBUT

“Maleeq dan cleaning tools berpisah tiada.

“Tak fahamlah kita, setiap kali nak mengemop nak kena berebut dengan anak lelaki pula tu. Anak perempuan relaks jer tengok TV,” tulis Tya di ruangan kapsyennya.

Hantaran wanita itu memang membuatkan ramai yang terhibur.

Baca ni ‘Orang nampak cantik je.’ Dedah anak meragam & sepah rumah waktu live tutorial mekap, MUA Bellaz dipuji suri rumah vouge!

Bahkan, ada yang turut berkongsi pengalaman bersama anak-anak mereka.

“YA ALLAH, sama dengan anak saya. Umur baharu dua tahun, nampak saya pegang penyapu kan dia cakap ‘nak toyong’ tapi main je lebih.”

“Nak tolong mama kemas rumah juga. Semoga menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat.”

“Agaknya selalu tengok contoh daripada ayahnya tak?.”

“Eh! Sama. Anak dara punyalah melingkau, yang lelaki sibuk nak kemas. Sampai kena tunggu mereka tidur baharu boleh mop mengemas dengan aman.”

Baca lagi ‘Berkain batik, berbaju Kedah tetap ‘maintain’ cantik.’ Perkongsian MUA Bellaz temani suami turun ke sawah raih pujian ramai

Iklan

“Anak nombor dua saya pun macam tu. Kalau air tumpah, abangnya sudah lapkan dulu, sanggup beliau tumpahkan semula semata-mata nak lap.”

“Kak Tya cuba beli mop mainan. Tengok Maleeq berebut lagi tak dengan kak Tya lepas ni.”

“Calon suami idamanlah Maleeq ni.”

“Family person Maleeq ni. Boleh buat menantu.”

Iklan

Baca ni Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

Wah! Sejuk perut ibu mengandung kalau dapat anak sebegini rajin.

Harap perilaku mulia itu berterusan sehingga mereka dewasa…

Sumber: Instagram Tya Adnan

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.