Pankek 'gebu-gebas' ala restoran makanan segera, bancuhan tepung mesti pekat, likat

A
A
A

PANKEK atau dikenali sebagai lempeng ialah sajian yang biasanya dinikmati untuk sarapan pagi. Menu ini juga menjadi pilihan popular untuk sajian minum petang.

Keenakan lempeng bergantung kepada tekstur yang lembut dan gebu. Tidak susah pun hendak membuat lempeng sebegitu, petuanya bancuhan adunan perlu pekat dan likat.

Baca juga: Cara mudah buat loaded potato bowl ala KFC, ringkas dan sedap

Resipi pankek ala restoran makanan segera

Bahan-bahan:

1 cawan + 4 sudu besar tepung gandum

1 cawan susu segar

1 sudu besar baking powder

2 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

1 biji telur

1 sudu kecil esen vanila

2 sudu mentega cair atau minyak masak

Langkah demi langkah:

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sampai halus sebati. Boleh juga campurkan semua bahan di dalam bekas dan pukul hingga sebati.

2. Panaskan kuali anti lekat dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan ke dalam kuali. Tunggu sampai keluar gelembung dan balikkan. Tunggu keperangan dan angkat. Enak dimakan ketika masih panas.

3. Hidangkan dengan mentega, sirap mapel (maple syrup), madu, potongan buah, sos coklat dan sos strawberi.

Menurut empunya resipi, Khairul Abdullah adunan ini akan menghasilkan enam hingga tujuh biji pankek bersaiz biasa.

"Jika buat kecil-kecil maka lebih banyak pankek yang boleh anda dapat. Selepas ini tidak perlu lagi makan lempeng di luar. Sesuai untuk keluarga yang ada anak ramai. Zaman sekarang ini kita perlu lebih berjimat-cermat," katanya.

Baca juga: Pankek enak dijadikan juadah berbuka puasa, kenali sejarah unik 4 jenis sajian ini yang ramai orang tak tahu

Asal usul pankek

- Pankek adalah resipi yang telah lama wujud, asal usul pankek bermula dalam kehidupan orang Rom Kuno. Kuih leper ini pada asalnya dikenali sebagai Alita Dolcia (makanan manis) gabungan susu, tepung, dan rempah ratus. Bahan-bahan tersebut kemudiannya dibakar dalam kuali leper, kemudian ditambah dengan sirap buah dan madu.

- Nama pankek telah berkembang popular di Eropah sejak tahun 1430-an. Pankek adalah makanan khas untuk orang Eropah Timur. Di sana, pancake sering digunakan sebagai menu istimewa yang dikenali sebagai Pancake Tuesday yang dihidangkan sehari sebelum Easter.

Kredit foto: Pexels

-Seiring dengan masa, pankek telah diterima pakai di pelbagai negara. Di Perancis, terdapat pancake nipis dan rangup dipanggil crepes dan galettes yang lebih tebal dan gebu seperti roti. Sementara itu, di Jerman pancake mempunyai bentuk yang lebih padat dan diperbuat daripada kentang.

-Di Ireland, pankek mempunyai tekstur yang padat dan diperbuat daripada kentang yang dikenali sebagai boxtry. Scotland juga tidak ketinggalan dengan scone drop pancake. Di Amerika, pankek yang dikenali sebagai nokehick diperbuat daripada doh berasaskan jagung yang lembut dan diuli dengan tangan.

Pankek dihidangkan dengan pelbagai cara dan terdiri daripada bermacam perisa. Walaupun berbeza di setiap negara, pankek tetap mempunyai peminat tersendiri. Resipinya sentiasa ditambah baik mengikut arus peredaran masa.

Baca juga: Resipi pancake super gebu yang menarik untuk dicuba

Sumber: Khairul Abdullah, pergikuliner.com

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca