Pantau kesihatan ketika bekerja atau tidur, #GalaxyWatch4 Series bantu kesan kadar oksigen dalam darah dengan mudah

A
A
A

MEMAHAMI kepentingan penjagaan kesihatan sepanjang wabak Covid-19, Samsung memperkenalkan koleksi jam tangan pintar terkini, #GalaxyWatch4 Series baru-baru ini.

Fitur terbaharu itu dikatakan mampu memberi servis pemantauan kesihatan secara langsung termasuk pemeriksaan tahap oksigen dalam badan tidak kira masa.

Samsung dalam satu kenyataan menyatakan, #GalaxyWatch4 Series cukup diyakini kerana berupaya memberi isyarat bantuan perubatan jika seseorang berada pada kondisi membimbangkan.

samsung galaxywatch4 series"Dengan #GalaxyWatch4 series, anda boleh mengesan kadar oksigen dalam darah dengan mudah dari pergelangan tangan sahaja.

"Hanya perlu memuat turun aplikasi Samsung Health, fitur ini boleh membantu membaca kadar dengan pantas meskipun ketika sedang bekerja atau tidur," beritahu Samsung.

Baca juga Stail, mantap, tahan lasak. Samsung Galaxy Z Fold3 5G, Galaxy Z Flip3 5G jadi idaman ramai

Pengguna varian itu juga boleh menggandingkan fungsi terbaik dengan telefon pintar Galaxy yang boleh diakses melalui aplikasi Samsung Health.

samsung galaxywatch4 series

Harga untuk Galaxy Watch4 Bluetooth bermula RM899 dengan pilihan rona emas merah jambu, hitam dan perak.

Sementara itu, Galaxy Watch4 Classic Bluetooth yang didatangkan dengan seleksi warna hitam dan perak ditawarkan pada harga bermula RM1,299.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pilihan Galaxy Watch4 LTE dengan rona emas merah jambu, hijau dan perak bermula RM1,199, manakala Galaxy Watch4 Classic LTE bermula RM1,599.

Layari https://www.samsung.com/my/offer/smarter-gifts-2122/smartphones/ untuk informasi lanjut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca