Pelamin roboh gara-gara tetamu, pengantin tak salahkan ibu bapa. 'Keluarga siap simpan video sebagai kenangan'

No Image Caption
A
A
A

BARU-baru ini tular rakaman video pelamin di sebuah majlis perkahwinan runtuh disebabkan oleh tetamu yang hadir. Rata-rata penonton video terbabit menyalahkan ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana membiarkan anak mereka bermain di kawasan pelamin.

Namun begitu, pasangan pengantin yang sebelum ini hanya mampu memerhati dari meja makan beradab tanpa menunjukkan rasa panik tampil memberikan penjelasan.

Dalam satu perkongsian di TikTok KapJeaneCollection, mereka memilih untuk tidak membesar-besarkan insiden yang berlaku.

“Biasalah, budak-budak. Kita pun faham, mereka masih kecil dan kadang-kadang sukar dikawal.

" Masa kejadian itu pun sebenarnya bukan sekadar isu ‘pelamin roboh’ sahaja, malah dewan pun terputus bekalan elektrik. Macam-macam berlaku hari itu.

“Jadi kepada yang mengecam itu, saya faham. Ada sesetengah orang boleh terima, dan ada yang tidak. Tapi bagi kami, alhamdulillah, majlis tetap berjalan lancar dan baik. Tidak ada masalah besar pun,” katanya.

No Image Caption

Tambah beliau, kandungan video tular berkenaan sebenarnya dirakam oleh rakan mereka sendiri. Malah, lumrah apabila sahabat lama bertemu di majlis kenduri, sesi bertegur sapa dan berbual panjang menjadi kebiasaan, lebih-lebih lagi setelah sekian lama tidak bersua muka.

“Lagi satu, video yang tular itu sebenarnya dihasilkan oleh pasukan kami sendiri. Lelaki yang merakam itu pun sahabat karib saya. Kami sudah lama berkawan.

"Jadi, untuk perkara kecil seperti ini, kami tidak ambil hati sangat. Lagipun, semua sudah dibayar dan pelamin pun telah dipasang. Yang penting, tiada kerosakan serius. Itu sahaja yang kami risaukan.

“Kemungkinan semasa kejadian, bapanya sedang berbual dengan kawan-kawan lama. Kita jemput ramai tetamu, jadi biasalah kalau dia berbual.

“Takkanlah datang majlis kawan lama, terus tidak boleh bertegur sapa kerana mahu menjaga anak sepenuhnya. Bukan tidak mahu jaga, tetapi kena faham situasi.

" Keluarga saya sendiri pun okey, siap simpan video itu sebagai kenangan. Benda sudah berlaku, jadikan kenangan sajalah. Santai sahaja,” tambah beliau.

Sebelum itu, seorang wanita tampil menjelaskan punca kejadian menerusi satu hantaran di media sosial. Menurutnya, pelamin roboh berpunca daripada anaknya sendiri yang terlalu seronok bermain dengan rakan sebaya.

Katanya, ketika dia sedang merakam gambar pengantin dari meja makan beradab, anaknya berlari ke arah sofa di pelamin dan secara tidak sengaja menolaknya ke belakang. Dia menyangka hanya sofa tersebut yang akan jatuh, tetapi tidak menyangka keseluruhan latar belakang pelamin turut roboh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang