Covid-19: Pengusaha hotel Langkawi tawar diskaun hingga 70 peratus

Gambar-hiasan---Foto-123RF
Gambar-hiasan---Foto-123RF
A
A
A

LANGKAWI - Pengusaha hotel di pulau peranginan bebas cukai ini bersetuju menurunkan harga bilik 30 hingga 70 peratus bagi menarik kembali kehadiran pelancong susulan penularan koronavirus (Covid-19).

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah/Perlis Razmi Rahmat berkata, langkah itu dilaksanakan 45 pengusaha hotel di bawah naungan persatuan itu bagi mengurangkan impak daripada kemerosotan kedatangan pelancong serta pembatalan tempahan hotel oleh pelancong China dan rakyat tempatan.

Tawaran diskaun itu bermula sejak jangkitan Covid-19 hingga tempoh yang akan diberitahu kelak.

"Orang ramai boleh memeriksa dalam talian di laman sesawang atau media sosial hotel terlibat. Tawaran diberikan oleh hotel tiga bintang ke atas.

“Sebagai contoh hotel tiga bintang ada tawaran menarik bermula RM150 hingga RM200 tak lebih daripada RM250 semalam, sebelum ini kalau nak dapat hotel tiga bintang pada harga RM150 jarang, sekarang ini ada tawaran istimewa," katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Razmi menegaskan Langkawi selamat untuk dikunjungi dan seharusnya orang ramai mengambil peluang diskaun yang ditawarkan untuk datang bercuti ke pulau ini.

"Keadaan di Langkawi selamat, masalah berlaku bila ada pemberita tidak bertauliah di media sosial takutkan orang ramai mengakibatkan pelancong tidak datang.

“Langkawi baru selesai menganjurkan Le Tour de Langkawi 2020 ini memberi isyarat pulau ini selamat untuk dikunjungi," katanya. - Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca