SYARIKAT sosial teknologi, OURA, memperkenalkan dua pelitup muka terbaharu dalam rangkaian pelitup muka antimikrob, sanitasi kendiri keluaran mereka iaitu Active Mask Jr. dan Air Mask Jr. 2.0.

Oura dalam satu kenyataan berkata, bagi memenuhi kelompangan dalam pasaran Asia Tenggara, pelitup muka kanak-kanak OURA Asia menawarkan teknologi sanitasi kendiri yang revolusioner, kebolehnafasan yang unggul serta keselesaan kepada kanak-kanak.

Pada masa sama, inovasi tersebut berupaya menapis 90 peratus partikel bakteria dan virus.

PERLINDUNGAN

-Setiap pelitup muka OURA Jr. diperbuat daripada tiga lapisan fabrik gred perubatan yang ditenun rapi dan disematkan dengan partikel oksida perak dan titanium dioksida secara kekal agar dapat menapis dan membunuh kuman dan patogen.

Ia digabungkan pada tahap molekul. Bahan-bahan tersebut mengekalkan ciri sanitasi kendiri mereka, walaupun selepas dicuci ratusan kali, tidak sama dengan lapisan pelindung pada pelitup muka jenama lain
yang akan hilang selepas hanya beberapa cucian.

-Selain itu, pelitup muka OURA Jr. telah direka bentuk bagi menghapuskan molekul dan bakteria yang menjadi punca bau busuk, memastikan kanak-kanak boleh menikmati pengalaman yang selamat, tanpa tekanan ketika mereka bergerak aktif.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

 

KEBOLEHNAFASAN & KESELESAAN

-Menggunakan fabrik ultraringan dan berupaya menyerap lembapan yang 30 peratus lebih ringan berbanding fabrik biasa.

Iklan

-Kedua-dua pelitup muka itu mengurangkan lembapan dan haba secara aktif, memberikan keselesaan yang tiada tandingannya kepada anak-anak anda.

-Fabrik berteknologi tinggi itu juga memastikan kenak-kanak boleh bernafas dengan mudah berbanding sebelumnya.

Menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat, pelitup muka OURA menutup rapi bahagian tepi muka dan mempunyai klip hidung boleh laras yang menghalang udara keluar daripada bahagian atas pelitup muka itu.

 

Iklan

Persatuan Pediatrik Amerika Syarikat melaporkan bahawa kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak terus meningkat sejak Ogos 2020 hingga Julai 2021.

Justeru, ia penting untuk ibu bapa memilih pelitup muka yang tepat untuk anak masing-masing.

OURA Active Mask Jr. dan Air Mask Jr. 2.0 kini sudah boleh dibeli di laman web ouragami.com.my atau menerusi platform Shopee dan Lazada.

Jangan lupa follow kami di Instagram!