SEBUT sahaja rawatan bariatrik atau potong usus, ramai yang menganggap ia prosedur untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan atau tampil cantik.

Justeru, tidak hairanlah ramai yang mula tertarik untuk mencuba pembedahan kosmetik yang kini semakin popular dan menjadi pilihan sebagai rawatan klinikal atau jalan pintas untuk kurus.

Bagi yang mengenali Pakar Bedah Perunding dan Pakar Usus dan Bariatrik di Pusat Perubatan Hospital Cengild, Bangsar, Kuala Lumpur, Dr Mustafa Mohammed Taher, figura hebat dalam dunia perubatan itu bukanlah nama asing dalam rawatan tersebut Malaysia.

Baca ni Bukan semua baik, ini antara impak buruk kesan pembedahan bariatrik. Hati-hati semua

Dr mustafa

Empunya diri yang mendapat pengiktirafan Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik untuk tiga  tahun itu berkata, prosedur berkenaan adalah terbaik dan selamat.

Sehingga kini, beliau yang berasal dari Iraq mendapat pendidikan di Kolej Perubatan Universiti Baghdad itu sudah melakukan 800-900 kes dalam tempoh setahun.

“Rawatan ini dibuat bukan sekadar untuk kurus semata-mata. Namun, ada masalah berat badan yang boleh mengundang pelbagai penyakit lain.

“Menyebut tentang risiko, dalam mana-mana prosedur pembedahan pasti ada. Namun, dengan segala penyediaan rapi sejak awal lagi pasti tiada masalah yang timbul ” ujarnya.

Dr Mustafa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media bagi meraikan kejayaannya sebagai salah seorang pakar bedah bariatik terbaik di Asia Tenggara.

Dr Mustafa

Turut hadir ialah rakan selebriti seperti Ziela Jalil, Ziana Zain,  Datuk Khadijah Ibrahim dan Zarina Zainuddin yang pernah melakukan pembedahan itu.

Menjelaskan sekali lagi, kata Dr Mustafa, rawatan tersebut bukan hanya fokus kepada mereka yang bertubuh besar semata-mata.

“Mereka juga tidak boleh suka hati untuk membuat rawatan tersebut. Biasanya doktor akan membuat pemeriksaan terperinci terlebih dulu,” ujar beliau.

Justeru, apakah ciri-ciri yang melayakkan seseorang?

“Pesakit yang mempunyai BMI or Body Mass Index yang tinggi untuk mendapatkan rawatan tersebut yakni mereka yang mengalami obesiti kelas dua.

“Selain itu, pesakit obesiti kelas pertama yang mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya juga boleh berbuat demikian,” terangnya.

Baca lagi Usus kecil tersepit, rupanya Lisa Presley meninggal dunia asbab komplikasi pembedahan bariatrik

bariatrik

Ditanya sama ada terdapat sebarang dana untuk pesakit yang kurang berkemampuan, beliau mengakui rawatan tersebut memerlukan belanja mahal dan tidak mendapat perlindungan insurans.

“Pun begitu, pesakit boleh mendapatkan pinjaman kesihatan atau mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menerusi akaun dua,” katanya.

Bagi memastikan setiap pesakit dalam keadaan yang baik, mereka akan dipantau sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun.

“Kita mahu mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan mahupun komplikasi selepas itu. Kita bukan jenis buat pembedahan kemudian lepas tangan.

“Sebaliknya, kita akan ada satu perjalanan yang panjang. Sebab itu, kita akan pastikan ada follow up sampai lima tahun untuk pesakit, bukan sekadar buat pembedahan semata-mata,” tegasnya.

ZARINA SAKIT TUMIT

Dalam pada itu, Zarina Zainuddin mengakui melakukan pembedahan itu susulan berdepan dengan masalah kesihatan termasuk sakit tumit dan lutut.

Baca lagi Potong usus: Ini jawapan pakar bariatrik untuk cantik atau sihat

zarina

“Saya cepat penat terutama apabila naik tangga dan tumit sakit setiap kali memijak. Selain itu, hati dipenuhi lemak dan mengembang serta ulu hati longgar menyebabkan gastrik.

“Lalu saya menjalani pemeriksaan kesihatan. Disebabkan susah mahu diet, saya mendapatkan nasihat doktor dan daripada situlah saya memutuskan untuk melakukan pembedahan bariatrik demi kesihatan,” ujar Zarina yang baru tiga minggu melakukan prosedur itu.

Namun, ujar selebriti terkenal itu, beliau pada awalnya enggan berbuat demikian kerana bimbang implikasi yang bakal dihadapi kelak.

bariatrik

Sementelah, ibu kepada empat cahaya mata itu mendengar pelbagai persepsi negatif mengenai rawatan tersebut.

Iklan

“Kita tidak tahu tahap kesihatan sendiri sehinggalah melakukan pemeriksaan. Memang luaran nampak sihat tetapi dalaman, tidak. Memandangkan saya selalu travel dan tumit sering sakit, saya terus berjumpa doktor

“Walaupun berat saya ketika itu bukan kategori obesiti, namun disebabkan ada risiko kolestrol tinggi dan pelbagai masalah lain, doktor mencadangkan saya berbuat demikian (bariatrik),” ulas Zarina lagi.

Baca lagi Jalani pembedahan bariatrik, ‘Saya buat bukan untuk cantik…’ – Alyah

 

ZIELA SUKAR NAK TIDUR

Sementara itu, Ziela Jalil atau nama penuhnya Norzilah Abdul Jalil menjalani prosedur tersebut bagi meningkatkan lagi tahap kesihatannya.

ziela

“Saya sering alami masalah kesukaran untuk tidur. Namun, ketika mahu buat rawatan ini anak saya yang juga seorang doktor tidak bersetuju, namun selepas mendapat penerangan lanjut daripada Dr Mustafa, akhirnya anak saya okey.

“Waktu saya buat pemeriksaan kesihatan, bayangkan bacaan kolestrol saya adalah 11. Anak cakap saya berisiko untuk pengsan, mendapat komplikasi seperti jantung atau strok pada bila-bila masa. Semuanya gara-gara saya suka makan tanpa kawalan,” dedahnya yang kini semakin menitik beratkan kesihatan beliau.

ZIANA DERITA GASTRIK

Iklan

Bagi penyanyi terkenal Ziana Zain pula, rawatan bariatrik yang dilakukan bukan semata-mata untuk kurus.

Baca lagiMembawa aura persis Wan Zaleha Radzi, pembaca berita TV3, Nadia Azmi curi tumpuan. Turut guna platform TikTok sebar ilmu

ziana

“Mungkin ramai yang beranggapan rawatan ini hanya untuk menurunkan berat badan, sebenarnya ia juga boleh merawat penyakit gastrik, kolestrol dan diabetis juga.

“Itulah antara sebab kenapa saya memilih untuk melakukan rawatan tersebut kerana masalah gastrik.

“Angin yang selalu menyerang rupanya berpunca dari saluran ulu hati yang dah longgar, jadi cecair gastrik senang masuk ke saluran tersebut,” kata ibu kepada empat cahaya mata itu.

Pelantun lagu Waktu duo bersama Hasif Upin itu memberitahu, beliau mengambil masa setahun sebelum mengambil keputusan tersebut.

“Itupun selepas anak-anak turut menggalakkan dek kerana mereka tahu situasi kesihatan saya,” ungkap kakak kepada penyanyi terkenal Anuar Zain itu lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang