Penangan char kuetiau, sate di Melbourne ‘licin’ dalam masa dua jam bukti festival Colours Of Malaysia berjaya

Sebut sahaja negara Australia, benda pertama yang terlintas pastinya kanggaru dan beruang koala, kan! Sebenarnya banyak lagi tarikan di sana yang boleh anda terokai terutama jika datang bercuti ke sini.

Baru-baru ini, SinarPlus bersama dua media lain berpeluang berkunjung ke sana bagi memenuhi jemputan Malaysia Airline Berhad (MH) bersempena program Colours Of Malaysia (COM) 2023.

Trip empat hari tiga malam yang bermula 1 Disember 2023 itu membawa pihak media ke bumi Melbourne, Australia ketika penghujung musim sejuk. Pengalaman yang cukup mengujakan sementelah ini pertama kali penulis menjejakkan kaki ke sana.

Baca juga Liburan dengan karavan, trend masa kini menjadi kegilaan ramai. Seronok betul dapat bersantai dengan famili!

Hari pertama di Melbourne tiada sebarang aktiviti memandangkan kami sampai sudah malam dan masing-masing sudah keletihan dek kerana perjalanan kami mengambil masa lebih kurang lapan jam.

Dengan cuaca yang tidak menentu, agak sejuk dan berangin ditambah pula hujan renyai-renyai membuatkan kami menggigil kesejukan. Kebetulan masing-masing tidak membawa pakaian tebal kerana menyangka sudah masuk musim panas.

Usai mendaftar masuk, kami memilih untuk keluar mencari makan sementelah masing-masing kelaparan. Secawan coklat panas pilihan penulis untuk menghilangkan rasa dingin malam itu.

Oh ya, sekadar makluman, kunjungan tersebut turut mendapat perhatian pihak Visit Victoria yang memberi tajaan penginapan di Next Hotel Melbourne untuk petugas media. Selesai menjamu selera, kami pulang ke bilik untuk berehat.

Hari pertama aktiviti, usai sarapan kami dibawa ke Queen Victoria Market, lokasi berlangsungnya festival COM 2023.

melbourne

Dibuka lebih 130 tahun lalu, Victoria Market merupakan tempat kebanggaan penduduk Melbourne yang menjual pelbagai produk daripada barangan basah berupa sayur-sayuran, buah-buahan sehinggalah kepada pakaian, aksesori dan cenderahati.

Tidak hairanlah ia menjadi lokasi strategik program COM anjuran pelajar Malaysia di Melbourne yang diketuai Raja Abdul Haqq Shah serta turut mendapat kerjasama jabatan MCulture, salah satu cabang kebudayaan MASCA Victoria.

Lebih menarik lagi, pihak Konsulat Jeneral Malaysia Melbourne turut berperanan sebagai penasihat bagi program berkenaan.

Baca juga Ada berani? Uji adrenalin anda di lima lokasi sukan eksktrem di Malaysia

CHAR KUETIAU, SATE DISERBU

Festival yang dilihat sebagai satu inisiatif dan dipersembahkan dalam gaya bazar berlangsung selama dua hari bermula 2 Disember lalu.

melbourne

Sebagai perayaan tahunan, COM mempamerkan masakan, seni, budaya, pakaian dan makanan Malaysia kepada masyarakat Australia dan antarabangsa.

Turut disediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung antaranya, melukis batik, permainan tradisional Malaysia dan gerai menjual makanan dan minuman.

Program berkenaan dimulakan dengan paluan gendang diikuti kemunculan dua ekor singa menerusi tarian singa Cina tradisional sebagai simbolik pembukaan majlis yang disempurnakan Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud.

Melbourne
Majlis perasmian disempurnakan Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud (lima dari kiri, baju biru gelap).

Selain itu, para pengunjung turut disajikan dengan tarian kebudayaan tradisional Malaysia. Malah, MH turut menampilkan persembahan istimewa pada hari tersebut.

Lebih menarik lagi, persembahan nyanyian yang memukau oleh penyanyi tempatan, Cassidy La Creme.

Terkenal dengan gelaran Marilyn Monroe Malaysia, kefasihannya mendendangkan lagu Melayu membuatkan ramai jatuh kagum dengannya.

Para pengunjung turut berpeluang melihat demonstrasi masakan eksklusif oleh Master Chef Diana Chan.

Baca juga Gelongsor air realiti maya pertama di Malaysia, SplashMania Gamuda Cove janjikan keseronokan berganda tak kira usia

 

Untuk rekod, sebanyak 17 vendor menyertai program kali ini. Paling meraih tumpuan adalah gerai char kuetiau, sate dan juga burger. Warga Victoria sanggup beratur panjang semata-mata mahu merasai keenakan hidangan tersebut.

melbourne

Usai majlis, pihak media dibawa berkunjung ke sebuah restoran terkemuka iaitu Tonka.

Selain mengilhamkan reka bentuk moden, restoran tersebut turut menyajikan hidangan enak warisan India.

Namun, sepanjang perjalanan ke sana, mata kami dijamu dengan pemandangan kreatif lukisan mural pada dinding di lorong-lorong dengan corak artistik dan berwarna-warni.

Baca juga Wow! Skyline Luge KL sudah dibuka, rasai pengalaman meluncur dalam terowong terpanjang di Malaysia seperti di New Zealand

melbourne

NAIK BOT, JAMU MATA DI LUME

Iklan

Pasti tidak lengkap kedatangan ke Melbourne andai tidak melihat tempat-tempat menarik di sana. Biarpun masa begitu singkat, kami masih berkesempatan berjalan-jalan menikmati keindahan kota Victoria.

Boleh dikatakan kebanyakan warga di sana memilih berjalan kaki, berbasikal atau menaiki tram untuk ke satu-satu tempat.

Selesai makan tengah hari di Mama‘s Canteen yang menyediakan hidangan ala Timur Tengah, kami dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Yarra.

melbourne

Kami memulakan perjalanan dengan penuh debaran kerana harus mengemudi bot elektrik sendiri tanpa pemandu profesional.

Berdebar, riuh rendah dengan pekikan suara dan bunyi hon amaran daripada bot lain menggamatkan suasana. Gementar tapi menyeronokkan!

Sepanjang perjalanan, mata kami dijamu pemandangan indah dan menghijau. Mengambil peluang sempena cuti, ramai warga tempatan memenuhi taman untuk bersantai bersama keluarga dan juga teman.

Usai turun daripada bot, kami meneruskan perjalanan ke sebuah pusat pameran terbesar iaitu The LUME Melbourne, galeri seni digital terbesar dan pertama di Australia.

Keindahan karya dan paparan lukisan di setiap dinding dan lantai begitu mempesona, ditambah pula iringan muzik orkestra begitu mengasyikkan.

melbourne

Baca juga Mandi sampai puas, GL Play Splashin’ Pop-Up Waterpark meriahkan cuti sekolah kanak-kanak

Terleka seketika sehinggalah diajak beredar oleh pemandu pelancong kami yang mesra disapa Tony.

Iklan

Hari terakhir sebelum rombongan kembali ke tanah air, pihak media sempat dibawa melawat pejabat baharu Konsulat Jeneral Malaysia. Kedatangan kami disambut mesra Nik Nasyron.

Sekadar makluman, MH menyediakan penerbangan hampir setiap hari ke Australia. Setiap minggu dianggarkan lebih kurang 14 penerbangan dan ia bakal meningkat sebanyak sembilan penerbangan pada Januari 2024.

Memetik ucapan Pengurus Penjenamaan Kumpulan, Matthew Chan, Australia merupakan antara destinasi penerbangan MH sejak 1975 lagi, manakala ke Melbourne bermula pada 1985.

Pada masa sama, bagi menarik pelancong dari Melbourne ke Kuala Lumpur, pihak MH menawarkan promosi diskaun sehingga 15 peratus.

melbourne
Wajah keriangan pengunjung yang berjaya mendapat cabutan bertuah berupa tiket penerbangan sumbangan Malaysia Airline Berhad

Menurut Eksekutif Kanan Pemasaran, Alia Rahman, MH menyediakan pakej penerbangan dan hotel yang membolehkan pelancong membeli semuanya dalam satu harga pakej sahaja.

“Menerusi pakej yang ditawarkan ini, anda boleh menikmati diskaun sehingga 45 peratus untuk pakej penerbangan dan hotel di Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang dan tempat lain lagi,“ ujar Alia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang