Penangan Nasi Tupe Cik Tipah. Lepas Subuh ramai dah mula beratur nak makan

A
A
A

KELANTAN merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan masakan tradisional yang lazat dan boleh didapati tidak kira masa pada setiap hari.

Antaranya seperti nasi tumpang, nasi dagang, laksam, kuih akok, ketupat sotong, mi chambol ataupun pulut nyiur.

Menariknya lagi, semua sajian itu dijual pada harga yang murah, tetapi kelazatannya tetap terserlah.

Baru-baru ini, SinarPlus berkesempatan menemubual salah seorang peniaga yang mengusahakan bisnes nasi tumpang sejak 20 tahun lalu.

nasi tumpang tupe

Latifah Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau bersyukur kerana resipi yang diwariskan oleh arwah ayah, Abdullah Mamat telah memberi ruang kepadanya untuk mencari rezeki untuk keluarga sejak sekian lamanya.

Beliau yang senang disapa Cik Tipah berkata, perusahaan yang dinamakan Nasi Tupe Cik Tipah hanya beroperasi di rumahnya yang terletak di Lorong Masjid Demit, Kampung Darat Demit, Kubang Kerian.

"Alhamdulillah, walaupun berniaga di rumah, nasi tumpang air tangan saya berjaya menambat hati penduduk setempat," katanya.

Ketika berbual dengannya, wanita berusia 64 tahun itu sempat mengimbau kenangan ketika mempelajari cara memasak nasi tumpang mengikut acuan arwah ayahnya.

Baca juga Semuanya ada di Tebrau Food Truck Park, rambang mata dibuatnya

"Saya masih ingat lagi petua arwah, beliau mengajar saya jenis lauk yang sesuai untuk digandingkan nasi tumpang agar menu itu dapat bertahan lama dan sedap di dalam kelongsong daun pisang.

"Kata arwah lagi, nasi kena lembut dan perlu disusun secara bertingkat-tingkat dengan diselang-selikan nasi dengan inti lauk seperti sambal udang, serunding ikan dan telur dadar," imbas Latifah.

Baca juga Tak kedekut ramuan, bubuh ikan kembung, ramuan segar buatkan Laksa Lemak Thai Cik Hawa laku keras

Daun pisang yang dijadikan pembalut nasi juga tidak boleh dipilih sembarangan, kata usahanita yang berjaya itu lagi.

"Saya hanya akan menggunakan daun pisang, kalau orang sini panggil 'galo' kerana lebih lembut dan mudah dibentuk," katanya.

nasi tumpang tupe

Apabila ditanya rahsia sajian air tangannya yang sentiasa dicari pelanggan, Cik Tipah berkata, mungkin serunding ikan selayang yang direbus terlebih dahulu sebelum dimasak bersama ramuan terpilih sehingga garing menjadikan para pelanggannya teringat-ingat.

"Serunding ini mungkin menjadi pemikat rasa. Sebab itu, saya akan masak dengan penuh kasih sayang sehingga betul-betul kering.

"Ditambah pula sambal udang yang pedas manis, memang enak dimakan bersama," katanya yang turut menjual nasi lemak dan pelbagai lagi menu pada harga bermula RM2 hingga RM3.

Baca juga Tahan 13 jam dalam daun pisang, nasi tumpang menu tradisi Kelantan kian ditelan zaman

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Nampaknya populariti Nasi Tupe Cik Tipah kedengaran sehingga ke Kuala Lumpur dan Selangor.

"Ya, saya pernah dipelawa untuk menjual nasi tumpang ke Lembah Klang, namun saya tak sanggup untuk penuhi permintaan tersebut disebabkan kekangan daun pisang.

"Bukan mahu menolak rezeki,sekarang ini pun tempahan 100 bungkus nasi tumpang diterima sehari, saya sudah tak menang tangan," ujarnya.

nasi tumpang tupe

Nasi Tupe Cik Tipah

  • Alamat: Lorong Masjid Demit, Kampung Darat Demit, Kubang Kerian, Kelantan
  • Waktu operasi: Tempahan perlu dibuat dua hari sebelum tarikh penghantaran
  • Menu signatur: Nasi tumpang
  • Harga: RM2.50
  • Facebook: Latifah Abdullah

Selain nasi lemak, nasi tumpang juga sering dijadikan sarapan pagi bagi sesetengah orang.

Untuk mendapatkan makanan itu tidaklah terlalu sukar kerana ia mudah didapati di restoran masakan tradisional Kelantan sekitar Lembah Klang atau di gerai tepi jalan sahaja.

Berikut SinarPlus kongsikan beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang boleh dikunjungi jika anda dan seisi keluarga berhasrat menikmati juadah enak tersebut.

nasi tumpang tupe

Nasi Tumpang Alam Megah

  • Alamat: Berhadapan stesen minyak Shell Seksyen 27, Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi: 6.30 hingga 11 pagi
  • Menu signatur: Nasi tumpang dan etok- etok
  • Harga: RM5.50 hingga RM6.50
  • Facebook: Nasi Berlauk Kelantan - Alam Megah Shah Alam

nasi tumpang tupe

Nasi Tumpang Pasir Hor

  • Alamat: Berhampiran AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 6.30 hingga 11 pagi
  • Lokasi penghantaran: Sekitar kawasan Kuala Lumpur
  • Menu signatur: Nasi tumpang, laksam dan etok-etok
  • Harga: Bermula RM6
  • Facebook: Nasi Berlauk Kelantan AU2

nasi tumpang tupe

Nasi Tumpang

  • Alamat: Jalan Baru, Kampung Sungai Perupok, Bachok, Kelantan
  • Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 5 petang
  • Lokasi penghantaran: Sekitar kawasan Bachok
  • Menu signatur: Nasi tumpang, colek
  • Harga: RM4
  • Facebook: Mars Cafe

nasi tumpang tupe

Nasi Tumpang Pok Nik

  • Alamat: Sungai Ramal Luar, Kajang, Selangor
  • Waktu operasi: 8 hingga 11 pagi
  • Lokasi penghantaran: Sekitar kawasan berhampiran
  • Menu signatur: Nasi tumpang, kerabu, berlauk dan dagang
  • Harga: Bermula RM7
  • Facebook: Kedai Makan Pok Nik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca