4 cara boleh dipraktikkan bila alami kerisauan melampau
PANIC attack.
Bagi mereka yang pernah mempunyai pengalaman serangan panik (panic attack) tahu bagaimana sesaknya dada, berpeluh, menggigil tangan dan seluruh tubuh badan. Rasa seolah-olah dicabut nyawa.
Walau apa pun yang menjadi punca kepada kerisauan kita. Antara perkara yang boleh sipraktikkan apabila mengalami kerisauan yang melampau:
1. Lakukan teknik pernafasan
Deep breathing. Tarik nafas hingga memenuhi ruangan abdomen. Secara perlahan-lahan dan teratur. Ini adalah asas dan teknik yang paling penting. Lakukan dengan kiraan 4,4,8 selama beberapa minit.
2. Bertenang
Kalau tengah pegang pisau, potong daging, berhenti sekejap. Kalau trigger dengan mak cik bawang, jauhkan diri sekejap. Tenangkan diri, aware dengan emosi dan keadaan diri. Dan sekiranya menangis boleh redakan perasaan, menangislah. Kemudian, cuba untuk bertenang.
3. Keep boundary
Kita tahu apa yang boleh menyebabkan kita beremosi. Trigger. Tidak senang. Jauhkan diri, tahu limitasi diri sejauhmana kita boleh bertoleransi. Ada orang, bila tibanya raya dia memendam rasa. Dengan orang sekeliling yang membanding-bandingkan taraf pendidikan, harta dan pencapaian orang lain. Makcik2 bawang yang meresap racun toksik dalam pemikiran dengan menjatuhkan semangat dan keyakinan orang. Stay away. Keep boundary. Jangan berlama-lama, sibukkan diri dengan kerja lain.
4. Overthinking
Ini antara punca serangan panik yang sering berlaku. Persoalan yang datang bertalu-talu, ditambah dengan pelbagai persepsi, assumptions dan expectation membuatkan kita lelah, walaupun tidak melakukan apa2. Amalkan teknik tapping untuk hentikan 'lambakan' pemikiran. Lakukan ketukan kecil di dahi atau di lengan untuk hentikan overthinking dan 'be present'. Kemudian, lakukan aktiviti yang menarik fokus kita. Apa saja yang memerlukan kita untuk aware, be present. Supaya kita tidak tenggelam dalam lautan pemikiran tadi.
Embrace yourself
Perlahan-lahan dalam menguruskan emosi.
Jangan terlalu melayan, jangan menafikan.
Uruskan sebaiknya.
Jalan ini tak mudah. Dan panjang. Tetapi, setiap pengalaman yang berbeza menjadikan kita seseorang.
Yang berbeza dan lebih matang.
Love yourself, you deserve to be happy, the way you are.
Jangan buat diagnosis sendiri
Berhubung dengan posting saya sebelum ini mengenai panic attack, satu pesanan yang selalu saya ulang, baik kepada ahli keluarga, kawan dan klien saya.
Jangan buat diagnosis sendiri.
Jangan buat andaian sendiri berdasarkan rasa, google dan sebagainya.
Saya faham kerisauan dan stres yang kita alami kadang menyebabkan kita berpeluh, rasa sesak dada dan sebagainya. Namun, adalah tidak adil untuk kita meletakkan satu penyakit yang belum tentu pasti ke atas diri kita sendiri. Jangan diminta sakit begitu.
Perasaan resah, risau adalah SANGAT berbeza dengan penyakit kerisauan melampau. Dimana penyakit ini perlu mendapatkan rawatan secara terkawal, menjalani beberapa sesi psikoterapi dan sebagainya. Sangat berbeza dengan stres yang kita alami.
Juga, untuk makluman. Sebagai kaunselor, saya tidak mempunyai kelayakan membuat diagnosis baik secara offline atau online khususnya melalui private message yang di hantar ke messenger saya. Adalah salah menurut etika untuk saya melakukan diagnosis sedemikian.
Pesan saya,
1. Jangan sesekali self-diagnose. Perbuatan google simptom, rasa tak tenang sikit, serabut2 terus claim anxiety. Rasa sedih, takda mood terus claim depression. Pesakit mental kadangkala mengambil masa yang lama untuk menerima hakikat sakit mereka, kita yang sihat ni seolap minta sakit pula.
2. Dapatkan rawatan PROFESIONAL. Bukan khidmat nasihat kawan2, bukan pm di messenger. Dapatkan rawatan secara bersemuka, ceritakan simptom yang dilalui, tempoh yang dilalui dan sejarah diri. Saya hanya boleh beri bimbingan dan melakukan sesi secara online yang mengikut etika dan tatacara pengendalian sesi kaunseling. InsyaAllah saya sangat terbuka untuk melakukan sesi tetapi perlu berlandaskan garis panduan etika kaunselor.
3. Praktikkan self-care. Saya akan berkongsi lebih lanjut berkenaan self-care secara berkala, tetapi posting saya yang lepas lebih kepada panduan khusus kepada pesakit anxiety disorder melalui pengalaman saya sendiri.
Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal. Justeru, dapatkan rawatan secara profesional agar tidak tersalah diagnos.
Kredit: Farah Atiqah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang