Cuba nak berduet TikTok level antarabangsa, tapi jadi tak kering gusi dibuatnya

Untitled design - 2020-08-06T181352.227
Untitled design - 2020-08-06T181352.227
A
A
A

SELALUNYA pengguna aplikasi TikTok sering menggunakan platform tersebut untuk menyahut cabaran seperti menghasilkan video kreatif mengikut trend terkini.

Namun lain pula kisahnya dengan apa yang SinarPlus ingin kongsikan kali ini. Kalau dah kreatif, aplikasi kesan khas pun boleh jadi 'bahan'.

Itulah buktinya bila sel otak dah sel otak berhubung apa pun boleh dibuat seperti dilakukan Azfarheri @Azfarheri yang tak kering gusi warganet dibuatnya.

Azfarheri merupakan salah seorang pengguna TikTok popular. Sehingga artikel ini ditulis, dia mempunyai 184.8k pengikut dan ada sahaja video kreatif yang berjaya dihasilkannya. Boleh dikatakan hampir setiap hari.

Seperti hari ini, beberapa jam lalu satu video dimuatnaik olehnya yang mana ia tentang percubaannya hendak menyanyi di TikTok dengan hanya menggunakan kesan khas dan turut dikongsinya di Twitter.

"Aku tak tau la macam mana orang boleh nyanyi sedap dekat tiktok tu, susah bodo," tulis Azfarheri yang mempunyai 354.3K pengikut ini di kapsyen posting berkenaan. Dalam 4 jam, lebih 400 komen.

Rupanya bukan mudah juga nak menghasilkan video duet yang sempurna. Walaupun nampak mudah, ia juga memerlukan sedikit usaha.

Kesusahannya hendak berduet hingga mengomel tapi cuba mengaburi perbuatan omelan itu agak mencuit hati. Lihatlah:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca