DALAM menjalani kehidupan berkeluarga, sudah tentu banyak kenangan manis yang dilalui bersama.

Meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak adalah memori yang tidak ternilai. Momen yang dikongsi bersama seperti pasti terakam indah di dalam kotak memori mereka.

Sebagai ibu bapa, banyak cara untuk mencipta kenangan bersama dan menguatkan ‘bonding’ dengan anak-anak. Misalnya dengan membawa mereka bercuti.

Tidak semestinya perlu ke tempat yang jauh-jauh, banyak lokasi menarik yang boleh kita dilawati di dalam negara dengan memandu sendiri.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang bapa, Aminur Rasyid yang membawa isteri dan anak-anak mengelilingi Malaysia dan singgah di pelbagai lokasi.

Baca juga: Bermalam di rumah bot eksklusif, lima pilihan hotel bergerak cetus idea percutian lebih privasi dan selamat

Baca juga: Bermalam bersama haiwan jinak, lima destinasi percutian ini pasti buat si cilik teruja

“Demi kenangan bersama anak-anak. akan datang Tidak tahu bila akan ada lagi masa dan bajet seperti ini .

“Duit boleh cari tapi masa akan berlalu pergi, hargailah masa kita bersama,” titipnya.

Bapa kepada empat cahaya mata itu berkongsi trip yang dirancang rapi bersama isteri bagi mencipta kenangan menyeronokkan bersama.

Menurut Aminur percutian bajet keluarga mengelilingi semenanjung itu dimulakan dari Johor, diikuti Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan lokasi terakhir ialah Selangor.

 

Memakan masa 10 hari sembilan malam dengan menaiki kenderaan utiliti sukan Honda CRV, total kos yang dibelanjakan hanya RM3,000 lebih sahaja.

“Misi round satu Malaya selesai! Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH. Total perjalanan 2,192 kilometer jalan darat.

“Kami menyusuri jalan pantai dan dapat melihat pantai yang paling bersih dan tercantik, boleh dimandi iaitu Pantai Cherating Pahang,” katanya.

Baca juga: Pakej percutian penjawat awam dan pesara kerajaan, berlibur 3 hari 2 malam di destinasi popular Malaysia

PENGINAPAN

Keselesaan sepanjang percutian menjadi keutamaan Aminur. Justeru, dia dan isteri, Masniza menempah penginapan lebih awal. Walaupun bajet keseluruhan RM3,000, penginapan mereka selesa dan berbaloi.

“Dari calet, hotel bajet, apartmen dan bermacam hotel kami telah rasai. Paling penting bilik bersih, selesa untuk tidur setelah selesai perjalanan jauh. Penginapan yang mempunyai kemudahan kolam juga bagus supaya ada aktiviti untuk anak-anak,” tambahnya.

BAWA EMPAT ORANG ANAK

Merancang percutian membabitkan anak-anak perlu menitik beratkan keselesaan. Kata Aminur, makan minum mereka juga tidak boleh diambil mudah.

“Anak saya berumur 11, 10, tujuh dan lima tahun. Semua sudah besar, nak tidur selesa, nak makan banyak. Jadi perancangan awal sangat penting. Makan banyak sangat mabuk muntah, makan sikit merengek lapar pula,” kata Aminur.

Dalam masa menikmati masa yang berharga bersama, mereka sekeluarga berkesempatan menyaksikan sendiri pemandangan indah di negeri orang

“Paling cantik Terengganu, paling mencabar jalan berbelit Kelantan, paling sesak lalu lintas Pulau Pinang, paling tak ada orang Perak, paling banyak makanan Terengganu, paling maju Pulau Pinang,” katanya setelah melalui sendiri perjalanan ke tujuh buah negeri.

MAKAN 10 HARI HANYA RM1,570 UNTUK 6 ORANG

Selain menjamu mata dengan pemandangan indah, pelbagai makanan yang menjadi signatur setiap negeri dicuba Aminur dan keluarga.

Katanya lebih 50 jenis makanan dirasai sendiri dengan bajet hanya RM1,570 untuk enam orang sepanjang 10 hari sembilan malam.

Iklan

“Bermula dari Mersing, Johor dan’pusing’ satu Semenanjung Malaysia, kami mencuba pelbagai makanan, Antaranya seperti berikut;

MERSING, JOHOR – Nasi campur, keropok lekor

ROMPIN, PAHANG – Ikan sotong celup tepung

CHERATING, PAHANG – Keropok losong, nasi kerabu, patin tempoyak

TERENGGANU – colek kaki ayam, lempeng kelapa. maggi belut, sotong bakar rempah, nasi dagang, keropok losong, kelapa susu

KELANTAN – Akok, masakan kampung Kelantan, roti paung, ais krim gula apong, nasi kerabu gulai, sata

KEDAH – nasi lemak royal, pasembur

PENANG – ais kepal, nasi kandar,, ais krim kelapa, roti canai banjir telur goyang, capati

PERAK – ikan bakar, mi rebus, popia basah

Iklan

SELANGOR – mentarang, belangkas, soto, sup ketam, nasi ayam hainan

“Tip nak jimat duit makan dan tidak sakit perut ialah minum air masak, jangan pesan air manis. Kongsi jika pesan makanan yang pelik-pelik. Cukup biar rasa sahaja.

“Lepas makan jangan memandu lama, nanti mabuk. Sediakan minyak angin dan gula-gula berangin,” kongsi Aminur.

Bercuti bersama keluarga memberikan pelbagai manfaat dan merapatkan ‘bonding’ dengan anak-anak.

Aminur turut merakamkan pernghargaan buat isteri tercinta kerana banyak membantu.

“Terima kasih isteriku, Masniza kerana banyak menolong, memberikan sokongan moral dan semangat. Tanpa awak tidak tercapai impian misi kita ni. Lepas ini kitra ulang projek percutian yang lain pula,” titipnya.

Best kan apa yang dilakukan keluarga ini? Apa kata hari ini kita mula merangka dan merancang trip keluarga sementara anak-anak masih kecil dan tinggal bersama. Hargai peluang yang ada. Kata orang, duit boleh dicari tetapi masa akan terus berjalan.

Baca juga: Bajet bawah RM2,000, percutian bajet ala backpackers dengan Amtrak mengelilingi Amerika Syarikat 30 hari

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI