BAYANGKAN, dengan bajet bawah RM2,000, anda boleh mengelilingi Amerika Syarikat dalam tempoh sebulan.

Ya! Semua itu tidak mustahil kerana dengan kos USD399 (RM1,686.29), perkhidmatan pengangkutan kereta api terkemuka, Amtrak menyediakan pas untuk 10 laluan sepanjang 30 hari.

Lapor thrillist.com, idea percutian bajet itu diperkenalkan pihak pengurusan Amtrak bagi merancakkan penggunaan servis perkhidmatan awam yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk dan pelancong asing.

Amtrak

Pas Kereta Api Amtrak itu dijual hingga 29 Mac ini pada harga lebih murah iaitu USD399 selepas potongan harga sebanyak USD100 sekali gus menjimatkan wang untuk setiap perjalanan.

Dengan pas tersebut, anda boleh menerokai sebanyak 500 lokasi laluan Amtrak seluruh negara. Menarik bukan?

Amtrak

Memetik kenyataan yang disiarkan melalui portal tersebut, Amtrak menjadi pilihan pengangkutan selamat, selesa dan luas untuk mereka yang mahu merentasi bandar ke bandar pada hujung minggu.

Baca juga 6 stesen kereta api terindah di Moscow, masih kekalkan keunikan tradisi

Malah perjalanan merentasi sempadan negeri juga boleh dilakukan untuk melawat tempat-tempat menarik tanpa perlu bersusah-payah memandu pada jarak yang jauh.

Amtrak

Bagaimana mahu membeli pas tersebut? Terdapat dua pilihan sama ada menempah terus di laman web Amtrak atau aplikasi Amtrak sahaja.

Iklan

Pas tersebut sah selama 120 hari selepas membeli dan sebaik sahaja anda sudah menggunakan untuk perjalanan pertama, ia sah untuk 30 hari.

Baca juga China lancar kereta api laju di dunia, capai 600 kilometer sejam

Bagi mereka yang mahu merancang untuk mengunjungi destinasi popular di negara Uncle Sam tersebut, barangkali boleh mempertimbangkan pilihan pengangkutan awam popular di sana.

Amtrak

Iklan

Memandangkan kadar harga minyak melambung ketika ini, pasti ramai teragak-agak mahu menyewa kenderaan. Bimbang bajet yang diperuntukkan lari daripada perancangan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Boleh jadi, pilihan perkhidmatan kereta api jauh lebih murah, ditambah bonus pemandangan indah sepanjang perjalanan berbanding kos tiket kapal terbang.

Jadi, bagi pelancong khususnya yang sukakan percutian ala backpacker, trip ini boleh disenaraikan dalam bucket list anda.