Periksa tulang dan sendi secara percuma sempena kempen MovementMatters. Ayuh, jangan berlengah

AGAK-AGAKNYA bila kali terakhir anda semua melakukan pemeriksaan tulang dan sendi? Ke memang tak pernah langsung?

Walaupun ramai sedia maklum bahawa tulang yang sihat sangat penting dalam kehidupan, ramai yang mengabaikan soal itu.

Tahukah anda, gangguan sendi seperti osteoartrithis, artritis rheumatoid dan gout boleh menyebabkan banyak masalah kesakitan dan pada masa sama akan mengehadkan pergerakan kita.

Kecederaan seperti patah tulang dan terseliuh juga boleh menjejaskan tulang dan sendi.

Jadi, apa kata, sempena IHH Healthcare Malaysia MovementMatters yang sedang hangat berlangsung sekarang, kita sama-sama melakukan perubahan dengan melakukan pemeriksaan terhadap tulang dan sendi.

Menurut Pakar Pembedahan Ortopedik & Trauma Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, Dr Charanjeet Singh (gambar), sebanyak 16 hospital meliputi Pantai Hospitals, Prince Court Medical termasuk Gleneagles Hospital berkolaboratif dalam menyemarakkan kempen berkenaan.

MovementMatters antara lain bermatlamatkan mahu mendidik masyarakat Malaysia tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan tulang dan sendi secara menyeluruh demi kesejahteraan bersama,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan bertempat di Lalaport, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Ujarnya, kempen tersebut akan dilaksanakan di tiga wilayah. Berikut perinciannya:

i) Ground Floor, LalaPort, Kuala Lumpur (15 hingga 19 Mac ini)
ii) Level 1, Toppan Johor (22 hingga 26 Mac depan)
iii) Gurney Plaza Penang dari (29 Mac hingga 1 April)

Operasi akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.

 

Anda yang memenuhi booth IHH nanti berpeluang untuk melakukan aktiviti yang disusun secara berperingkat dalam memahami kesihatan tulang dan sendi. Antaranya seperti berikut:

i) Kayuhan Untuk Meningkatkan Kekuatan Tulang dan Sendi
-Orang ramai dapat menguji ketahanan diri dengan menaiki basikal statik dan mengayuh sepantas mungkin untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
-Anda kemudian dapat melihat keputusan menerusi skrin digital yang diletakkan di hadapan.
-Serentak dengan itu, terdapat sesi interaktif yang membolehkan anda berpeluang menjawab soalan kuiz berkaitan asas kesihatan sambil melakukan kayuhan.
-Objektif aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan tulang dan sendi kayuhan basikal.
-Menariknya selepas itu, para peserta berpeluang untuk mendapat hadiah misteri selepas semua aktiviti selesai.

 

Iklan

ii) Pemeriksaan Postur Badan
-Orang ramai berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan memiliki postur badan yang baik.
-Anda akan menjalani pemeriksaan postur badan untuk mengetahui sama ada ia seimbang atau abnormal.
-Aktiviti ini akan dikendalikan oleh pasukan perubatan yang terdiri daripada pakar-pakar rehabilitasi berkelayakan.
-Terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang meriangkan. Anda boleh melakukan merakam pose istimewa selepas itu seperti tunnel sign, Ege’s test, Phalen test dan Iliotibial band stretch.

iii) Booth Kesihatan
-Untuk anda yang ingin mendapatkan informasi kesihatan berharga, terdapat juga lokasi untuk memeriksa Indeks Jisim Tubuh (BMI).
-Selain itu, anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai pengambilan nutrien serta perkara berkaitan tulang dan sendi.

Sebelum terlupa, anda semua digalakkan mengambil gambar kreatif dan memuatkannya di platform sosial media seperti Facebook dan Instagram dengan menggunakan hashtag #Movement Matters dan kongsikan bersama keluarga dan rakan taulan.

Iklan

Jadi, apa lagi. Admin dah pergi dah. Memang best sebab petugas kesihatan kat sana akan terangkan apa yang perlu anda lakukan selepas pemeriksaan dibuat.

Macam Admin, mereka nasihatkan untuk turunkan berat badan! Selain itu, diminta untuk lakukan senaman untuk tulang dan sendi.

Rebut peluang keemasan ini. Semuanya percuma tau!

BACA JUGA: Hentikan gurauan tarik kerusi, mangsa boleh cedera tulang belakang, lumpuh

BACA JUGA:Patah tulang lebih 50 kali. Adik Khayla perlu dana besar untuk pembedahan