Perlu ke double cleansing walaupun tak pakai mekap?

No Image Caption
A
A
A

BAGI  mendapatkan kulit wajah yang sihat dan bebas jerawat, amat penting untuk kita menjaga supaya kulit sentiasa bersih.

Jadi kaedah mencuci muka haruslah betul agar segala kekotoran pada wajah dapat dihilangkan.

Dalam tempoh dua tahun ini, dunia kecantikan amat mengutamakan teknik double cleansing pada wajah.

Ia adalah teknik yang sering diamalkan oleh gadis-gadis Korea untuk mendapatkan kulit yang mulus.

Sememangnya double cleansing memang bagus tetapi perlukah kita melakukan rutin itu jika kita tidak memakai mekap?

Jawapannya ya. Kita masih perlu lakukan double cleansing walaupun kita tidak memakai mekap kerana kita pastinya masih memakai sunscreen untuk melindungi kulit daripada sinaran UV.

Di samping itu, sepanjang hari muka kita juga terdedah dengan segala kekotoran dan minyak.

Lakukan double cleansing ini untuk pastikan kulit kita betul-betul bersih agar tidak berlaku pertumbuhan jerawat.

Anda boleh juga mengunakan kedua pencuci muka untuk melakukan double cleansing di mana satu pencuci muka berasaskan minyak dan satu lagi pencuci muka berbuih biasa.

Anda juga boleh menggunakan micellar water dan pencuci muka untuk rutin double cleansing anda ini.

Jangan skip rutin double cleansing ini untuk dapatkan kulit yang cantik okay.

Penulis: Suhaila Ali

Foto: Unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca