Permainan digital untuk wanita kenal pasti kesihatan zon V

A
A
A

BAGI memberi pengetahuan dan fakta kesihatan, jenama tuala wanita, Libresse melancarkan kempen ‘Know Your V ’ yang bertujuan mendidik golongan wanita memperkasa ilmu mengenai tubuh badan mereka.

Itu susulan hasil tinjauan dijalankan mendapati pengetahuan mengenai zon V (bahagian intim) dalam kalangan wanita Malaysia berada pada kategori rendah.

Sebanyak 69 peratus dikatakan tersilap mengenal pasti sebahagian diagram sistem reproduktif wanita. Sementara itu, 63 peratus responden menyatakan bahawa mereka tidak pernah melihat dan mengetahui apa itu vulva.

Empat daripada 10 wanita dalam kaji selidik terbabit pula menzahirkan ketidakselesaan menggunakan perkataan ‘faraj’ dalam perbualan dek terikat budaya terlarang.

Justeru, bagi meningkatkan kesedaran, pihak Libresse bersama Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Patricia Lim Su-Lyn melancarkan kempen digital dan inisiatif pendidikan.

permainan PERMAINAN interaktif The V Game boleh dilayari di dalam media sosial Facebook dan Instagram rasmi Libresse.

Menerusi kempen 'Know Your V ’, permainan interaktif The V Game diperkenalkan dan boleh dilayari melalui media sosial.

Permainan tersebut memberi panduan dan solusi kepada pemain termasuk menyediakan fakta bagaimana wanita boleh menjaga dan menyayangi diri khususnya penjagaan zon V.

Menurut Dr Lim, wanita tidak perlu malu untuk mempelajari kesihatan reproduktif peribadi.

“Ilmu adalah kuasa dan wanita perlu dididik dari awal usia untuk menjaga kesihatan zon V.

“Ia termasuklah mencatat kitaran haid setiap bulan, melakukan pemeriksaan faraj dan berjumpa pakar ginekologi secara tahunan, ” katanya.

Keterangan lanjut mengenai kempen ’Know Your V ’ Libresse, sila layari www.libresse.com.my atau www.facebook.com/LibresseMalaysia atau @Libresse_My (Instagram).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca