Perut buncit? Kini tidak lagi dengan jus segar

No Image Caption
A
A
A

SUSAHNYA nak bergaya. Lebih-lebih lagi bila nak pakai dress sebab perut buncit. Terus hilang keyakinan.

Jangan risau. Ini resipi jus segar yang boleh kempiskan perut buncit anda.

Antara bahan yang diperlukan untuk membuat jus segar ini ialah satu ikat bayam, timun yang dipotong separuh, setengah biji baby nanas dan segelas air.

Langkah pertama, anda perlu kupas kulit timun, cuci dan potong kecil timun itu.

jusTIMUN mengandungi kandungan air yang tinggi, anti oksida dan magnesium yang amat bagus untuk sistem penghadaman

Timun mempunyai kandungan air yang sangat tinggi di mana ia bagus untuk pencernaan.

Antara khasiat dalam timun ini ialah asid folik, anti oksida, vitamin A, vitamin B1, vitamin C, biotin, potasium, magnesium, kalium dan silika.

Langkah kedua, ambil bayam dan petik daunnya. Untuk membuat jus ini batangnya tidak diperlukan. Hanya daun sahaja.

jusSAYUR bayam mengandungi zat besi dan mampu meningkatkan metabolisma badan.

Bayam ini mempunyai nilai kalori yang rendah di samping tinggi kandungan zat besi dan mampu meningkatkan metabolisma. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin A dan K, magnesium, asid folik, serat, protein, dan kalsium.

Kemudian langkah yang ketiga, sediakan baby nanas hanya ambil separuh sahaja dan potong kecil.

Di dalam buah nanas mengandungi enzim bromelain yang baik untuk sistem penghadaman.

Okay itu adalah bahan dan khasiat yang akan ada dalam jus segar ini.

Setelah anda siap sediakan bahan tadi, kisarkan kesemua timun, bayam dan nanas tadi dengan tambahan satu gelas air.

jusENZIM bromelain yang terdapat dalam nanas mampu mambantu sistem penghadaman.

Setelah siap, tapiskan hasil kisaran untuk membuang hampas campuran timun, bayam dan nanas tadi.

Sekarang jus anda sedia untuk diminum. Timun dan bayam tadi akan memberi kesegaran manakala nanas pula akan beri rasa kemanisan dalam air jus ini.

Di samping, ia bagus untuk mengempiskan perut buncit anda. Selamat mencuba!

PENULIS: SUHAILA ALI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca