Petua hilangkan sakit kaki. Tak perlu pergi spa, boleh buat sendiri di rumah
BARANGKALI dek berdiri terlalu lama atau berjalan jauh dan sebagainya, boleh mengundang kepada seseorang mengalami sakit kaki.
Kadang terpaksa tahan sakit atau cuba pergi berurut. Takkan juga setiap kali sakit kaki biasa-biasa hendak ke klinik kan?
Buat sakit kaki biasa tu, bolehlah cuba petua dikongsikan pelayar laman sosial bernama Ruviantie Roslan ini.
Menyucut bahagian tumit
Masa mula-mula mak bagitau petua ni, Kak Vee tak berapa nak buat sangat. Still pergi berurut dekat spa dengan bayaran RM45-RM60 untuk sejam. Tu pun lepas urut tak hilang juga sakit kaki.
Streskan bila sakit kaki? Tambahan lagi kalau sakit tu menyucuk-nyucuk pada bahagian tumit. Rasa berat je kaki nak berjalan. Nak bekerja pun jadi lemau.
Bila dalam pantang ni baru ada kesedaran nak buat. Hanya berspa di rumah. Jimat dari segi kos sebab bahan-bahan nak buat memang dah tersedia di dapur. Boleh diamalkan bila-bila masa.
Tapi kesannya bergantung pada individulah. Ada yang hilang sakit terus lepas sekali buat. Ada yang kena buat sampai tiga kali baru rasa betul betul berkesan.
Kak Vee lepas buat hari tu sakit kaki dan lenguh-lenguh terus hilang. Jadi ringan je kaki nak melangkah. Tu yang Kak Vee nak share petua ni sebab betul-betul menjadi.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Garam
Halba
Serai
Halia
Lengkuas
Daun limau purut
Daun pandan
(Tambahan kalau ada, daun mengkudu, cekur daun sireh) - Sebenarnya boleh letak apa saja daun yang ada khasiat.
Cara penyediaan:
Hiris atau ketuk bahan bahan di atas.
Kemudian rebus sehingga mendidih.
Cara penggunaan:
Ambil air rebusan (termasuk bahan bahan) masukkan dalam baldi dan campurkan dengan air paip. Suhu ikut individu. Tapi jangan sampai melecur kulit. Kalau boleh paras air tu sampai boleh rendam dari kaki hingga ke lutut. Baru puas hati.
*Masa rendaman tu akan terasa seolah-olah kaki kita disedut-sedut. Sangat selesa dan bau pun wangi kalah bau dekat spa.
#PS ini hanyalah penyediaan tradisional. Sekiranya sakit kaki tu berlarutan dan bertambah teruk, segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.
#SILAKANSHARE supaya gejala sakit kaki dapat dikurangkan bersama sama. Nak cara jimat bolehlah cuba. Nak mudah pergi spa urut kat sana.
Moga bermanfaat!
Kredit: Ruviantie Roslan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang