Petua rejim kecantikan wanita 4 negara, patutlah elok...

A
A
A

BERBICARA tentang kecantikan dan kesihatan setiap individu mempunyai cara tersendiri. Baik wanita mahupun jejaka, masing-masing berusaha menjalani rejim penjagaan diri mengikut kondisi kulit dan ketahanan badan.

Ironinya kecantikan adalah universal. Disebabkan itu, jika diperhatikan setiap negara mengamalkan petua dan tip berbeza sejak turun-temurun.

Biarpun menerima lambakan produk kosmetik dan teknologi rawatan moden, tetapi amalan tradisional nampaknya tetap menjadi pilihan.

  • Justeru, segmen Sihat Cantik hari ini berkongsi amalan kecantikan yang dipraktikkan masyarakat di empat buah negara.

Jerman: Berjalan di dalam air sejuk

Masyarakat di negara ini majoriti gemar melakukan rawatan Kneipp yang memerlukan mereka berjalan di dalam kolam ataupun bekas berisi air sejuk.

sihat cantik

Difahamkan, rawatan terbabit bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan darah, malah meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan dan mengurangkan berat badan.

Lazimnya, jika tidak berkesempatan mengunjungi spa yang menawarkan rawatan Kneipp, mereka lebih selesa melakukan sesi berkenaan di rumah. Caranya mudah sahaja iaitu:

- Isi air sejuk di dalam sebuah bekas atau tab mandi sehingga paras betis.

- Kemudian, berdiri setempat atau berjalan dalam tempoh lima minit sehingga badan imun dengan suhu sejuk air tersebut.

Selain, rawatan Kneipp masyarakat tempatan juga gemar menikmati sayur asparagus untuk kesihatan.

Jepun: Kunyah 20 kali sebelum telan

Jika di Amerika Syarikat (AS) cenderung makan dengan cepat, masyarakat Jepun pula sebaliknya.

Bagi mendapatkan bentuk badan ideal dan menjaga sistem pencernaan penduduk di negara Matahari Terbit itu mengamalkan hara hachi bu.

Ia merupakan amalan tradisional yang memerlukan mereka mengunyah sekurang-kurangnya 20 kali sebelum menelan makanan. Betul juga! Kenapa kita perlu tergesa-gesa. Bukankah lebih baik menikmati hidangan.

Greece: Obses minyak zaitun

sihat cantik

Ironinya, kebanyakan negara hanya menggunakan minyak zaitun untuk memasak pasta, stik atau makanan sihat bagi mengurangkan kolekstrol dan kalori.

Bagaimanapun, di Greece rata-rata masyarakat wajib menyediakan sajian berasaskan minyak zaitun bermula daripada semangkuk salad, hidanga utama, roti dan pemanis mulut.

Tidak keterlaluan menyifatkan mereka terlalu obses menggunakan minyak zaitun sehingga golongan wanita turut melumur cecair terbabit pada kulit badan dan helaian rambut. Mudah dan menjimatkan tip kecantikan tersebut.

Rusia: Lumur telur kuning

Berpegang pada tagline, 'More is more', warga Rusia khususnya wanita tidak bimbang untuk mencuba bermacam-macam DIY kecantikan.

Asalkan, rawatan berkenaan mampu melicinkan kulit wajah dan badan. Meskipun terdapat variasi set penjagaan diri di pasaran wanita Rusia gemar tampak cantik berasaskan bahan-bahan natural.

sihat cantik

 

 

 

 

 

Satu daripadanya melumurkan kombinasi ramuan madu, telur kuning dan timur dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Mereka percaya bahawa bahan asli tidak menjejaskan kondisi kulit, sekali gus mengelakkan radangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca