Pokok ara biola penyeri laman, lelaki ini kongsi teknik ‘biak’ guna kaedah keratan batang. Barulah merimbun!

MENDEKORASI kediaman tidak sekadar tertumpu di bahagian dalaman seperti ruang tamu dan makan, dapur mahupun bilik semata-mata.

Bahagian luar rumah pun memerlukan perhatian untuk kelihatan menarik. Antara pendekatan yang boleh dilakukan adalah dengan menanam tumbuhan hijau. Selain cantik mata memandang, ia juga boleh menjadi terapi diri.

Pokok 2

Pun demikian, kita perlu berhati-hati dan tidak boleh sembarangan memilih pokok hiasan. Tidak semestinya pepohon itu elok terletak di rumah seseorang, sesuai dengan mahligai kita.

Justeru, untuk segmen Ilham Dekor kali ini, SinarPlus ingin kongsikan lebih lanjut tentang tanaman fiddle leaf fig atau Ficus lyrata yang sejak dulu menjadi pilihan ramai.

Baca ni Baik untuk pesakit kencing manis & cantikkan kulit, ini cara tanam pokok bunga telang agar mudah hidup. Pasti jadi!

Turut dikenali dengan nama pokok ara biola, tanaman yang berasal dari Afrika itu mempunyai saiz daun yang besar dan lebar seperti pokok ketapang, berkulit serta berbentuk persis sebuah biola.

Bukan sahaja di rumah, pepohon itu sering dijadikan hiasan di sekitar kawasan luar pejabat dan taman rekreasi.

Mudah untuk diuruskan dan tidak memerlukan pencahayaan yang terlalu banyak, kehadiran ara daun biola sememangnya akan memcantikkan lagi sudut ruangan dalam rumah atau bangunan.

Seorang doktor perubatan, Dr Mohd Syafiq Roslan merupakan salah seorang yang memilih pokok berkenaan untuk menghiasi kediamannya.

pokok 3

Ujar Dr Mohd Syafiq, berawal, isteri beliau membeli dua batang pokok fiddle leaf fig.

Bermula pada saat itulah, kecenderungan lelaki berkenaan untuk menanam pokok tersebut semakin bertambah.

Baca juga Mudahnya tanam pokok ketumbar guna biji ketumbar timbang kilo, modal tak sampai 50 sen, boleh tanam banyak kali

“Sangat mudah sebenarnya untuk ‘biakkan’ pokok ini. Hanya potong bahagian batang belah atas. Dari satu batang, nanti ia akan bercabang menjadi tiga atau empat dahan baharu. Cuma, kalau mahu potong, pastikan pilih bahagian internode atau bukunya.

“Hasil keratan batang yang dipotong itu bolehlah direndam terus dalam air untuk proses propagate atau pembiakan. Kalau nak cucuk terus ke tanah pun boleh, tiada masalah,” katanya yang menanam sejumlah pohon tersebut di sudut tepi laman luar rumah beliau.

Seperti kata Dr Mohd Syafiq dan rujukan yang kami lakukan, fiddle leaf fig mampu bertahan puluhan tahun lamanya.

pokok

Jika tanam di dalam tanah pula, tingginya mampu mencecah 152 hingga 183 sentimeter (5 hingga 6 kaki).

Menurut bapa kepada dua anak itu, secara asasnya, terdapat tiga jenis pokok hiasan iaitu fiddle fig, fiddle fig (bambino) dan fiddle fig variegated.

“Pokok fiddle fig variegated agak mahal harganya dan mampu mencecah ribuan ringgit. Selain sukar untuk diperoleh, pokok ini juga sangat sukar dijaga,” ujarnya yang turut memilih pokok keladi gajah, pokok jasmin, money plant dan mickey mouse, selain ara biola untuk memperindahkan kawasan rumah dua tingkat beliau.

Baca lagi Wanita ini kongsi cara unik tanam sayur guna tali mop. Mudah nak jaga, pokok pun subur walau tak siram selalu

pokok 1

Iklan

Baja wangi

Mengulas lanjut, Dr Mohd Syafiq berkata, pokok fiddle leaf fig senang dijaga dan tidak mudah mati.

Namun, demi memastikan tumbuhan itu sentiasa tampak segar-bugar, beliau menggunakan baja jenis NPK 15 diselang-selikan dengan baja wangi CK, dua minggu sekali.

“Saya tak pasti bagaimana orang lain, saya turut gunakan baja wangi untuk pokok fiddle leaf fig di rumah saya. Selain berbau harum, baja ini juga tidak berbahaya kepada kanak-kanak,” ujarnya yang turut menjual baja tersebut.

Selain itu, Dr Mohd Syafiq turut memastikan tumbuhan berkenaan mendapat pencahayaan yang mencukupi.

“Walaupun pohon tersebut boleh hidup walau ditempatkan di bahagian dalaman tanpa cahaya yang banyak, namun ia tetap memerlukan cahaya untuk proses fotosintesis,” jelas beliau lagi.

Tip seterusnya yang dikongsi oleh doktor perubatan itu sangat bermanfaat untuk dipraktikkan dan diingati.

 

Iklan

Baca lagi Rahsia pucuk cili padi naik merimbun dan berbuah lebat, rupanya kena cantas pokok waktu tinggi sejengkal

“Semakin besar daun dan saiz pokok, semakin banyak air yang diperlukan. Untuk fiddle fig bahagian luar misalnya, kena siram hari-hari jika musim panas, manakala musim hujan memadai tiga hari sekali,” ujarnya sambil berkata, satu kepuasan yang optimum apabila beliau dapat melihat pokok yang ditanam membesar dengan sihat.

Pokok

Menerusi perbualan bersama penulis juga, Dr Mohd Syafiq berkongsi beberapa petua lain untuk merimbunkan pokok ara biola. Antaranya:

i) Pastikan guna alatan yang bersih untuk elakkan dari jangkitan penyakit pada keratan batang.
ii) Potong batang pokok dalam keadaan menyerong dalam enam hingga lapan inci.
iii) Buang beberapa helai daun di bahagian bawah.
iv) Celup dalam hormon penggalak akar (rooting powder) dan terus masuk ke dalam air.
v) Letak di tempat yang redup.
vi) Tukar air jika sudah keruh atau seminggu dua kali, bergantung kepada keadaan air.
vii) Tunggu dengan penuh sabar sehingga akar baharu keluar.
viii) Teruskan baja pokok yang sedia ada dengan baja wangi. Pasti membantu pokok lebih rimbun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang