PELBAGAI menu kudapan boleh disediakan menggunakan kulit popia.

Selain popia basah atau kering, kita juga boleh buat popia sira dan nestum.

Sifat kulitnya yang nipis dan rangup ketika digoreng menjadikan setiap menu enak dibuatnya.

Jika anda mempunyai lebihan kulit popia di dalam peti sejuk, artikel kali ini sangat sesuai untuk anda. 

Mungkin juga selepas membaca, ada yang terus ambil kunci kereta dan terus membeli di kedai.

Mana tidaknya, resipi Popia Gulung Bersalut Coklat yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Cik Dayang Zuhaila cukup mengiurkan.

Baca juga: Manis, pedas dan rangup! Popia sira sedap dibuat kudap wajib dicuba

Baca juga: Lebih 21 ribu share! Popia carbonara cendawan inti padu ini wajib dicuba


Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan menu berkenaan. 

Bahan-bahan

Kulit popia

70 gram coklat susu (milk chocolate)

70 gram coklat gelap (dark chocolate)

Nestum untuk hiasan

 

Bahan pelekat kulit popia

Iklan

Air suam

Tepung gandum

Cara penyediaan:

  1. Bancuh air suam dan tepung gandum untuk melekatkan kulit popia.
  2. Gulung kulit popia menggunakan straw dan lekat menggunakan bancuhan tepung tadi.
  3. Gunting kulit popia dan sedia untuk digoreng.
  4. Goreng popia dengan minyak panas dan menggunakan api sederhana. Toskan apabila ia sudah garing keperangan.
  5. Salutkan popia dengan coklat yang dicairkan menggunakan teknik double boiler.
  6. Masukkan popia coklat ke dalam cawan kertas dan biarkan sekejap di dalam peti sejuk selama 10 ke 15 minit sebelum dimakan.

Melihat cara penyediaannya yang mudah dan ringkas, sudah terbayang kerangupan dan keenakan coklat yang cair dalam mulut tatkala kita makan.

Boleh tak sedar habis sebalang jika makan sambil menonton televisyen.

Iklan

Jomlah cuba, anak-anak mesti suka. Geng universiti yang duduk rumah sewa, panggil kawan-kawan datang rumah dan buat sama-sama. Mesti meriah!

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.