MUNGKIN ramai yang tidak sedar bahawa keadaan pradiabetes adalah permulaan kepada perjuangan untuk mendapatkan semula kesihatan anda.

Usah terpedaya dengan awalan ‘pra’ yang digunakan dalam perkataan ini. Pradiabetes adalah keadaan kesihatan yang serius di mana paras gula darah anda lebih tinggi daripada julat normal. Namun, ia tidak cukup tinggi untuk didiagnos dan dikategorikan sebagai Diabetes Jenis 2. Pradiabetes sering dianggap sebagai pintu masuk kepada Diabetes Jenis 2¹, dan jika tidak didiagnos dan diurus, ia boleh menyebabkan individu mendapat Diabetes Jenis 2 lebih cepat dan turut memberi kesan kepada kesihatan jantung, salur darah, mata dan buah pinggang.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang mengalami pradiabetes, ini adalah peluang anda untuk memulihkan pradiabetes lantas mencegah Diabetes Jenis 2. Berita baik adalah pradiabetes boleh diuruskan dan dipulihkan dengan membuat perubahan gaya hidup dan kekalkan perubahan ini selama-lamanya.

Langkah pertama adalah menilai risiko pradiabetes. Ini penting kerana pradiabetes tidak mempunyai sebarang tanda atau simptom. Jadi, ramai yang tidak sedar mereka mengalami keadaan pradiabetes.

Jumlah kes pradiabetes meningkat tiga kali ganda daripada 8.8% pada 2015 kepada 23.6% pada 2019². Angka ini menunjukkan hampir satu daripada empat rakyat Malaysia berisiko menghidap Diabetes Jenis 2 jika tidak diperiksa, tidak didiagnos, dan tiada tindakan untuk memperbaiki amalan gaya hidup.

Berikut adalah tiga mitos yang biasa dikatakan tentang pradiabetes!

#1 Hanya mereka yang mengalami obesiti dan lebih berusia perlu bimbang menghidap pradiabetes dan akhirnya mendapat Diabetes Jenis 2.

Ramai beranggapan jika anda muda dan kurus, bermakna anda sihat.

Ia tidak benar.

Genetik, berat badan berlebihan dan gaya hidup yang tidak sihat adalah punca utama kepada kejadian pradiabetes dan Diabetes Jenis 2. Kajian menunjukkan anda berkemungkinan dua hingga enam kali ganda mendapat Diabetes Jenis 2 sekiranya anda mempunyai ibu, bapa, atau adik beradik yang menghidap Diabetes Jenis 2³.

Selain itu, berat badan yang berlebihan (BMI >23kg/m2) dan obesiti (BMI >27.5kg/m2)4 adalah punca utama kepada Diabetes Jenis 2.

Berat badan berlebihan menyebabkan sel tisu dan otot menjadi lebih resistan atau rintang kepada hormon insulin menyebabkan insulin tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang mengawal jumlah gula dalam aliran darah. Keadaan rintangan insulin ini lantas menyebabkan peningkatan paras gula darah terutama setiap kali selepas makan.

Keadaan rintangan insulin ini boleh berlaku meskipun tidak mengalami berat badan berlebihan dan obesiti. Mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang besar atau buncit mempunyai lemak visceral yang ketara disekitar perut. Lemak visceral ini turut menyebabkan kejadian rintangan insulin dan ini meningkatkan paras gula darah. Jika tidak diuruskan dan tidak dikawal, akhirnya boleh mendapat Diabetes Jenis 25.

Untuk menilai risiko anda mendapat pradiabetes, sila jalankan Penilaian Risiko Pradiabetes Nestlé Health Science DI SINI 

#2 Ubat adalah satu-satunya rawatan yang berkesan untuk pradiabetes, bukannya perubahan gaya hidup

Bertentangan dengan mitos atau kepercayaan ramai, perubahan gaya hidup, termasuk amalan pemakanan sihat, senaman dan penurunan berat badan adalah kaedah pencegahan yang paling berkesan dalam memulihkan pradiabetes.

Tidak aktif dan tidak bersenam juga menyebabkan kejadian rintangan insulin. Setiap perubahan yang diambil, walaupun kecil akan membawa kepada perubahan yang besar. Kajian daripada the World Journal of Diabetes mendapati bahawa mereka yang bersenam dengan berjalan laju (brisk walking) sekurang-kurangnya 150 minit seminggu dapat mengurangkan risiko Diabetes Jenis 2 sehingga 50%6. Satu angka yang sangat besar.

Iklan

#3 Jika anda tidak mempunyai tanda atau simptom, anda tidak mengalami pradiabetes dan boleh makan apa sahaja yang diingini

Ramai mereka yang mengalami pradiabetes selama bertahun-tahun tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom yang jelas. Oleh itu, pradiabetes selalunya tidak dapat dikesan awal sehinggalah timbul masalah kesihatan yang serius.

Pengurusan diet termasuk merancang pilihan makanan sihat dan saiz hidangan bersesuaian adalah perkara utama dalam memulihkan pradiabetes. Ambil pelbagai jenis makanan, terutama

  • sayur-sayuran dan buah-buahan segar
  • karbohidrat dari bijirin penuh
  • hidangan protein tanpa lemak termasuk protein dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti soya dan tempe
  • susu dan produk tenusu rendah lemak

Professor Madya Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, Timbalan Dekan Akademik (Sains Kesihatan) dan Hal Ehwal Pelajar yang juga Ahli Dietitian, di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, dan Hospital Pengajar UPM, Universiti Putra Malaysia, berkata, “Ia bukan sekadar berapa banyak yang anda makan, tetapi memilih jenis karbohidrat yang betul dan berkualiti adalah penting bagi individu mengalami pradiabetes. Ini kerana pradiabetes menyebabkan badan mengalami kesukaran untuk menguruskan paras gula darah terutama selepas makan.”

Iklan

“Utamakan karbohidrat dengan nilai indeks glisemik rendah (GI) dan kawal saiz hidangan. Makanan karbohidrat rendah GI tidak menyebabkan peningkatan gula darah naik mendadak berbanding makanan tinggi GI. Ini menjadikan paras gula darah lebih stabil dan ini tidak membebankan fungsi insulin,” tambah Dr Nisak lagi. Contoh makanan yang mempunyai nilai GI lebih rendah adalah seperti dal, barli, roti bijirin penuh dan nasi beras basmati.

Menurut Rachel Liu, Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Perubatan dan Pakar Pemakanan di Nestlé Health Science Malaysia, “elemen penting dalam pengurusan Diabetes Jenis 2 ialah mengekalkan paras gula darah yang seimbang dengan teliti bagi menjaga pengambilan makanan. Sebagai solusi pengganti sajian yang lengkap, NUTREN untuk DIABETIK, mempunyai GI serendah 28, serta mengandungi semua vitamin dan mineral bagi menyediakan diet yang seimbang nutrisinya, untuk sajian yang seimbang.”

Ingin tahu lebih banyak mengenai pradiabetes? Ketahui sama ada anda berisiko mendapat pradiabetes dengan mengambil ujian penilaian yang mudah di www.nutrendiabetes.my. Setelah selesai mengisi penilaian ini, anda akan menerima pelan pemakanan mingguan yang dikhususkan untuk anda, selain akses kepada beratus-ratus resipi yang enak sebagai solusi pemaknanan untuk membantu anda merancang hidangan yang lebih sihat mengikut tahap risiko pradiabetes anda.

Rujukan

1. Prediabetes – Your Chance to Prevent Type 2 Diabetes, CDC – https://www.cdc.gov/diabetes/basics/prediabetes.html#:~:text=Prediabetes%20is%20a%20serious%20health,diagnosed%20as%20type%202%20diabetes.
2.*Over 7.5 million More Malaysians at Risk of Developing Diabetes in the Near Future, Yahoo News – https://malaysia.news.yahoo.com/sweet-nation-over-7-5-054527914.html
*CAP Urges Malaysians to Make Lifestyle changes , as Diabetes Can Cause COVID-19 Complications, The Star – https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/06/23/cap-urges-malaysians-to-make-lifestyle-changes-as-diabetes-can-cause-covid-19-complications
3. Preventing Type 2 Diabetes, Diabetes.org – https://www.diabetes.org.uk/preventing-type-2-diabetes/diabetes-risk-factors
4. Malaysian Clinical Guidelines, Management of Obesity, Ministry of Health Malaysia – https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/CPG/Endocrine/5a.pdf
5. Visceral Fat, Diabetes.co.uk – https://www.diabetes.co.uk/body/visceral-fat.html
6. Daily physical activity and type 2 diabetes: A review, World Journal of Diabetes – https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4914832/