CANON Marketing Malaysia baru-baru ini memperkenalkan siri model serba baharu, pencetak laser imageCLASS dengan prestasi dan kelajuan lebih luar biasa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Masato Yoshiie berkata, pengenalan tujuh fitur baharu tersebut merupakan detik penting dalam perjalanan inovasi Canon sekali gus sebagai satu lonjakan besar dalam teknologi percetakan.

“Selari dengan falsafah kyosei iaitu hidup dan bekerjasama demi kebaikan sejagat, pencetak laser terbaharu ini sebagai bukti kepada kesungguhan kami untuk bergerak sebagai peneraju inovasi pencetakan.

“Pencapaian ini juga menetapkan standard baharu dalam industri,” katanya sempena majlis pelancaran ‘A Class of Excellence with Canon’ yang berlangsung di Oomph, Megah Rise Mall, Kuala Lumpur semalam.

Canon

Canon memperkenalkan tujuh pilihan pencetak laser iaitu imageCLASS LBP243dw, LBP246dw, LBP248x, MF461dw, MF465dw, MF469x dan LBP732Cx.

Sementara itu, Ketua Bahagian Peranti Sistem Peribadi Canon Marketing Malaysia, Sandy Lee berkata, pencetak laser baharu Canon boleh diiktiraf sebagai rakan strategik yang produktif.

Canon

“Rekaan pencetak laser itu bukan sekadar perkakas semata-mata tetapi membantu pengguna menangani cabaran ruang kerja moden yang rumit.

“Penyepaduan ciri-ciri canggih dapat memenuhi pelbagai keperluan organisasi, seterusnya memberikan penyelesaian yang boleh dipercayai untuk meningkatkan aliran kerja dan membolehkan perniagaan mencapai matlamat dengan mudah,” katanya.

 

Berikut spesifikasi imageCLASS:
i) Siri imageCLASS LBP246dw, LBP248x, MF465dw dan MF469x menawarkan prestasi cetakan 40 halaman perminit (ppm) untuk dokumen bersaiz A4.
ii) Siri LBP732Cx menawarkan kelajuan percetakan 38ppm, manakala LBP243dw dan MF461dw boleh mencetak dokumen sepantas 36ppm.

Iklan

Baca juga Kamera Canon EOS R8 lebih powerful, jadikan kualiti konten video lebih jelas dan superb

Canoniii) Semua model dilengkapi dengan ciri percetakan dupleks automatik, yang dapat mengurangkan penggunaan kertas.
iv) Siri MF460 didatangkan dengan kadar pengimbasan pantas sehingga 100 helaian perminit.
v) Semua model disepadukan dengan penyelesaian awan, sokongan Google Drive, Dropbox dan OneDrive untuk percetakan serta pengimbasan.

Baca juga Pencetak yang lebih kompak dan jimat kos, Maxify GX5070 jadi pilihan pejabat moden

Canonvi) Langganan Microsoft Azure melancarkan sambungan dengan sokongan Microsoft Universal Print.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari my.canon/en/consumer/products.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!