MEMANDANGKAN Malaysia kini sedang berada dalam fasa endemik, usaha meningkatkan tahap imuniti tubuh badan perlu diberi penekanan lebih-lebih lagi dalam kalangan golongan berusia.
Bagi sesetengah orang, untuk mencari dan memastikan pengambilan nutrisi yang betul memang satu perkara yang mencabar.
Sehubungan itu, Mead Johnson Nutrition memperkenalkan PROVITAL Immuna Plus yang diformulasi dengan nutrien seperti yis beta-glukan, selenium dan vitamin C bagi menyokong sistem imun seseorang seiring dengan peningkatan usia.
Yis beta-glukan antara lain membantu mengaktifkan tindak balas imun untuk melawan jangkitan dan selsema.
Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Vietnam, Gonzalo Balcaza berkata, PROVITAL Immuna Plus merupakan salah satu pelancaran jenama paling penting dalam sejarah 117 tahun jenama itu.
“Kami teruja untuk memperkenalkan produk yang dirumus secara saintifik ini kepada penduduk dewasa Malaysia yang ingin menjalani kehidupan yang terbaik dan pada masa sama, mengaktifkan sistem imun mereka,“ katanya.
Serentak dengan itu, kempen Activate Your Immunity, Stay Protected dilancarkan dengan kerjasama Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia.
Dalam program tersebut, orang ramai juga diseru untuk menilai sendiri tahap imuniti mereka dengan Immunity Calculator menerusi kiraan dalam laman web www.provital.com.my/immunitycalculator.
Kami teruja untuk memperkenalkan produk yang dirumus secara saintifik ini kepada penduduk dewasa Malaysia yang ingin menjalani kehidupan yang terbaik dan pada masa sama, mengaktifkan sistem imun mereka,“ katanya.
Sementara itu, duta imuniti Provital Immuna Plus, Puan Sri Tiara Jacquelina berkata, beliau berasa kesan positif selepas mengambil Provital Immuna Plus.
“Saya ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia di luar sana bahawa kehidupan tidak berhenti apabila usia kita meningkat, tapi ia boleh menjadi lebih baik dengan sistem imun yang kuat,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, layari www.provital.com.my.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Iklan
Iklan