BUAT ‘kaki game’, sebut sahaja PlayStation bukan lagi satu benda yang asing dalam diri mereka. Jika satu ketika dahulu, Nintendo merupakan pengeluar konsol permainan video mudah alih utama dunia.

Mereka telah mendominasi pasaran sejak tahun 1989 dengan pengenalan konsol Game Boy dan menerima saingan daripada beberapa konsol lain seperti Game Gear keluaran Sega dan WonderSwan keluaran Bandai.

Konsol permainan video yang dikeluarkan Nintendo masih lagi kukuh di pasaran sehinggalah Sony mengumumkan akan niat mereka yang ingin memasuki pasaran ini.

Namun, Sony mula mengumumkan untuk pembangunan konsol PlayStation Portable pertama mereka pada tahun 1994.

Sejak dari itu nampaknya ‘kaki game’ amat setia dan peminatnya makin lama makin meningkat sehinggakan atas permintaan yang tinggi, siri terbaharu Sony PlayStation 5 pula dilancarkan pada penghujung tahun 2020.

Sejak ia mula dilancarkan dan dijual dalam pasaran, boleh dikatakan sehingga kini ia sukar diperolehi di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Teka-teki peminat tegar PS5 berakhir, edisi digital mampu milik!

Salah satu sebab utamanya adalah kerana kekangan yang dialami oleh pengeluaran disebabkan oleh penularan Covid-19 terutamanya dalam penghasilan cip pemprosesan yang menjana sejumlah peranti elektronik seluruh dunia.

Menyentuh mengenainya, CEO Sony Interactive Entertaiment juga dalam satu kenyataan memaklumkan yang mana syarikat kini menyasarkan perolehan stok untuk konsol dijangka meningkat pada pertengahan kedua 2021 ini.

Beliau menyasarkan untuk pengeluaran terus meningkat dari bulan ke bulan sepanjang 2021 ini.

Apa pun, dengan permintaan yang tinggi untuk konsol generasi baharu ini, kita mungkin akan terus sukar untuk melihat penawarannya secara terbuka pada tahun 2021 ini.

Iklan

‘Demam’ PS5, cuma perlu satu jam untuk isytihar habis terjual!

Keuntungan Sony bagi permainan konsol juga dilihat tipis dan mungkin membawa kepada kerugian, kata penganalisis.

Bagaimanapun, Sony dilihat meletakkan harapan pada jualan permainan video, perkhidmatan dan langganan online bagi menjadikannya satu keuntungan.

Iklan

Setakat ini, permintaan yang diterima Sony nampak kukuh dan syarikat itu dilaporkan ada menetapkan sasaran pengeluaran yang lebih tinggi.

Diharap tiada pihak yang tidak bertanggungjawab menjual dengan harga tak masuk dek akal pula lepas ni. Maklum sahajalah, barang ‘panas’ stok pula putus!

Sumber : amanz.my